Sunday, April 29, 2012

Cerita Netball.

Assalamualaikum.

Entri ni patut aku buat beberapa hari yang lalu tapi disebabkan malas tahap gaban aku postponed je la. Netball untuk tahun ni dah habis. Tahun ni mungkin tahun yang terakhir main untuk Sam1. Mungkin ye mungkin tak. Hmmm hmm hmm. Masih dalam pertimbangan.

Dah tiga tahun aku main netball untuk Sam1 tapi aku rasa tahun ni paling gempak. Tahun ni dapat tempat keempat. Tak pernah pernah dapat medal. Tahun ni dapat pulak. Serius gua nak nangis derr. Aku sayang team under15 Sam1 tahun ni. Korang semua terhebakkk :) 

Aku ni kalau dah atas padang memang pakai beep centre je la. Tak ada nye nak pakai GS ke GA. Memang bola ke laut la kalau aku shooter. Aku jadi centre mungkin tak sebaik apa yang team aku harapkan tapi aku dah cuba yang terbaik. Kot kalau ada yang terasa hati dengan aku. Sorry sangat sangat.

Shooter tahun ni Una and Syaii. Korang shooter yang terbaik. Kalau tak ada korang mesti bola tak masuk ring. Aku mampu hantar sampai 'D' je. Nak shoot tu bukan job aku la kan. Untuk Syai yang pegang GS aku nak mintak maaf sebab aku ada jerit kat kau atas padang haritu. Kau dah tarik muka sebab tu aku sound. Sorry sangat sangat. Fyi, Syaii ni selalu turun training lambat sebab dia kuat tidur. Hahaha. Una si gadis berkaca mata. Budak ni muka macam odah kot. Hahaha. Tapi dia ni kalau main memang aku ragu ragu nak baling bola. Kadang kadang kita bajet nak bagi bola tinggi kang dia tak sampai pulak. Nak bagi bola belakang kang dia kedepan. Memang tak boleh ramal la budak ni.

Orang penting aku tahun ni adalah Karoot. Dia ni WA so kira memang penting la untuk aku. Dia kerja keras dengan aku. Dia yang ada susah senang atas padang. Yang sama keluar peluh atas padang.Yang penat sama sama atas padang padang. Yang marah sama sama atas padang. Yang sama sama baju basah sebab peluh tapi lencun macam jatuh kolam ikan. Semua dengan Karoot. She is the best.


Buat Nurin yang kadang-kadang okay dan kadang kadang menyakitkan hati aku. Hahaha. Tapi aku enjoy dengan Nurin. Dia suka buat lawak bodoh atas padang. Dia gaduh atas padang, injured atas padang, sepak bola, kena rempuh semua aku ingat. Yang pasal nurin semua mesti jadi bahan gelak aku. Dia ni kelakar sangat atas padang. Teringat masa lawan SDM Nurin ganas betul. Aku pon takut dengan dia. Hahaha.


Umai yang muka cuak cuak sikit tu. Dia ni pon membantu jugak. Walaupon guard dia tak ketat tapi dia pandai cari tempat kosong. Dia main senyap tak banyak cakap pon. Aku suka dia main. Tak lupa orang penting untuk team aku tahun ni Opie. GK paling tinggi yang pernah aku ada. Kalau tak ada dia tak tau la. Dia jalankan kerja dia dengan bagus sekali. Serius bagus. Tapi sayang, lepas ni dia nak pindah. Never mind lah Opie fikir fikir balik la lepas ni. Kau memang GILA KUASA la. Hahaha. Buat yang simpanan
Eddiey kau WD yang gila membantu. Guard ketat tapi ganas tu belum cukup agaknya. Tahun depan lagi ganas tau Eddiey. Kau banyak gila tolong aku atas padang. Ramai orang cakap muka aku dengan kau sama. Heshh tak boleh terima betul la. Hahaha. 


Buat Alifahpehh, serius aku rasa bersalah dekat dia sebab tengking dia atas padang. Tipu la wehh kau tak terasa. Lepas aku marah kau, karoot pulak marah kan. Sori sangat sangat. Aku penat masa tu, emosi pon tak terkawal. Rasa macam kau buang bola macam tu je. Sayang kot. Hmm, tak apa la. Forget it. And last Intan, dia ni tak main langsung. Hmm bukan tak nak kasi dia main. Dia tu main lembut sangattttt. Pehh, macam main ulat buku je. Tak faham aku laa.


Gambar ni je yang aku ada. 

Team tahun ni THE BEST and I LOVE ALL OF YOU.


No comments: