Sunday, May 20, 2012

Bila exam . . .

Assalamualaikum :)

Akhir akhir bulan Mei memang sibuk dengan exam mid-year. Aku punya pelajaran akademik dah habis dah semua. Tinggal yang al-azhar. Malas kot nak hafal. Serius gila punya serius aku malas nak menghafal. Okay, orang lain jangan ikut macam aku. Aku ni malas dan pemalas. Teruk punya perangai.

Bila dah kena demam exam ni mula la sibuk dengan buku. Kalau boleh tak payah nak makan baca buku je sampai larut malam. Minggu exam buat otak aku penat. Sangat penat dan teramat penat. Sebabnya aku ni belajar last minute. Memang salah aku sebab belajar last minute tapi nak buat macam mana aku tak pandai nak urus masa aku baik baik. Orang kata aku terlampau struggle baca buku dekat sekolah. Bukan struggle woii baca buku last minute tu.  Ada jugak orang kata aku ni kalau dah malas, memang malas betul. Kalau dah tengah rajin tu memang tak pandang kiri kanan. Mengadap buku je. Tekun gila pulak tu. Hmm. Perangai aku memang macamtu. Jangan ditegur la. Aku ni belajar ikut mood je kot.

Dan disebabkan otak aku ni terlampau penat balik sekolah je mesti pening kepala. Rasa macam kepala tu berat sangat. Kalau boleh nak tidur je tapi kalau aku tidur je memang tak jadi apa la kan. Buang masa kot. Kalau petang petang tu mesti aku buat latihan sikit walaupon dua atau tiga soalan. Lepas dah pukul 5 lebih memang aku keluar rumah. Mesti dan wajib aku keluar rumah untuk bermain. Hampir setiap hari game aku tiap petang main basketball dekat taman. At least keluar peluh and release tension. Otak pon rasa relax sikit. Tak de laa penat sangat. Tekanan kot asyik ngadap buku je.

Aku tak target tinggi untuk result mid-year aku ni sebab aku tau aku jawab pon banyak main-main. Aku tak nak ada gred C dalam result aku. Tapi entah la. Harap harap tak de la. Kalau boleh nak gred B paling teruk.

"If success doesn't come to you, go to it."

No comments: