Tuesday, May 29, 2012

Perasaan sangat.

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni dah hari yang keempat cuti sekolah. Tapi aku baru cuti yang kedua. Maklomla haritu Sabtu dan Ahad aku ada perkampungan ilmu. Duduk hostel kot. Quite interesting la dok hostel dengan member member yang memang geng kita and kebetulan masa tu tak ramai sangat orang. Memang buat hostel tu macam bapak aku punya la. Suka suka je kan.

Entri kali ini bukan nak cerita pasal perkampungan haritu tapi nak cerita pasal perasaan. Ya, perasaan. Sejak bila aku ada hati nak bercerita pasal benda ni pon entah la. Aku sendiri tak tahu. Perasaan ni subjektif dan tak boleh nak ramal. Memang tak boleh nak ramal. Kejap okay kejap tak okay. Lagi lagi perasaan seorang budak perempuan. Perempuan ni suka main touching touching wehh. Konon merajuk la kan. Konon je tu tapi kadang kadang memang touching betul.

Nak share something ni. Kadang kadang orang yang luarnya lembut hatinya tu yang keras dan orang yang kasar luarnya, hati dia lah yang lembut selembutnya. Maksud nya kat sini. Tak semestinya orang tu lembut hatinya pon lembut dan tak semestinya orang tu kasar hatinya pon kasar. Faham tak ? Kalau tak faham buat buat la faham. Malas pulak aku nak explain panjang lebar.

Aku kenal ramai orang yang kasar luaran tapi hati dia lembut sangat. Sekali orang usik memang pecah la empangan mata tu. Aku pon lebih kurang dalam kategori ni jugak. Bila empangan mata tu dah bocor memang melimpah la air mata keluar. Macam tak nak berhenti la pulak. Motif aku buat entri ni sebenarnya adalah jangan sakitkan perasaan orang lain. Tak kisah la orang tu lelaki atau pon perempuan. Tolong, jangan !

Sebab sekarang ni ada orang buat aku sampai aku terasa hati sangat sangat. Sedih kot. Tapi tak pe buat rilek je sudah. Tak payah nak ambik kisah sangat. I'm a tough girl :) Hoooyeeeeaaaaahhhh !!!

Aku masih boleh senyum :)



2 comments:

IzyanNazuraa said...

Sapa buat kau ni? Mehh aku tibai dia . heuheu >.<

anis said...

Izyan, someone makes me sad :'(