Saturday, June 30, 2012

Kebosanan di sudut hati

Assalamualaikum w.b.t

Jam menunjukkan hampir ke pukul 1 pagi dan aku masih di  birai katil melayani komputer riba. Mata tidak mengantuk dan hanya ingin menatap cahaya-cahaya yang masih kuat sinarnya. Di tengah malam yang menginjak ke pagi aku berasa tidak mengantuk dan seperti inginkan seseorang di sebelah untuk menemani aku berborak. Sudah malam begini siapa yang sanggup mahu layan aku berborak. Itu buang masa namanya.

Seperti biasa dan sudah menjadi rutin. Setiap malam Sabtu pasti aku akan Log in Facebook. Sekadar mahu menjamu mata dan ingin menghilangkan bosan tapi bukan bosan yang hilang malah makin membosankan. Laman-laman sosial kini tidak mampu menggembirakan aku dan tidak mampu membawa aku untuk berjaya dalam PMR nanti.

Bercakap tentang PMR. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Masa yang cukup pendek dan sangat pendek. Jikalau mengikut keputusan peperiksaan pertengahan tahun dua subjek yang begitu menggerunkan. Sains dan Math !! Arghhh !!  Dua subjek tu la yang kantoiii. Markah untuk kedua subjek itu jatuh merundum bak tahi bintang meluncur dari langit. Ahh, aku sudah mula merepek.

Sebenarnya ada benda yang tersorok dalam hati ini. Ada benda yang tersemat dalam hati ini. Ada benda yang terbuku dalam hati ini. Tapi aku tidak tahu ingin luahkan dengan cara yang bagaimana. Ingin bercerita dengan orang, aku pula yang tidak tahu bagaimana ingin memulakan penceritaan itu. Apa yang aku mampu biarlah benda itu aku simpan. Bukan benda sebenarnya lebih kepada hal atau perkara.


Apa yang aku inginkan hanyalah sebuah ketenangan :)



No comments: