Thursday, June 28, 2012

Nak pesan dekat kawan-kawan.

Kata mak
Kawan tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang

Kata abah
Kawan tu umpama bunga ros, cantik dilihat tapi sakit dipegang

Kata atok
Kawan tu ibarat air, terus mengalir

Kata nenek
Kawan tu bak bulan, dipuja dan disanjung tapi jauh nun di sana

Kata saudara
Kawan tu macam makanan, kawan makan kawan

Kata abang
Kawan tu macam lembu, mengikut apa saja yang dikata

Kata kakak
Kawan tu tak ubah macam durian, bau je busuk tapi sedap gilerr

Kata adik
Kawan tu macam biskut, kejap ada kejap tak ada

Kata aku
Kawan tu tak kisah la macam mana  IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT !


Dia tetap kawan. Tau tak sebab apa? Sebabnya sekali aku dah kawan dengan dia sampai bila-bila dan selamanya dia tetap jadi kawan aku. Itu cara aku berkawan. Walaupun kita mempunyai kekasih, tapi teman tetap paling setia. Walaupun kita punyai harta yang banyak. Kawan tetap berharga. So, hargailah kawan kita dengan sebaik-baiknya.



 Aku  juga memiliki kawan, sahabat dan juga teman. Mereka akan jadi lebih bernilai dalam hidup kita jika mereka adalah insan insan yang sentiasa ada di saat kita suka dan duka.


No comments: