Monday, July 9, 2012

Extravaganzakan sikit usaha tu.

Teringin nak bercerita tapi tak tahu apa yang nak diceritakan. Teringin nak berkongsi tapi tak tahu apa yang nak dikongsi. Teringin nak bercakap tapi menaip sahaja yang mampu di blogspot ini. Teringin nak melakukan sesuatu tapi tak tahu apa yang nak dilakukannya.

"Aku bosan. Itu sahaja yang mampu aku luahkan. Bosan sebab ? Bosan sebab hari hari rutin yang sama. Tak ada benda lain ke ? " -Itulah aku.


Manusia tak pernah puas dengan apa yang dia ada. Sama macam aku. Aku juga tidak pernah puas. Ada kalanya nak memberontak. Ahh, itu semua buang masa. Kalau tak cuti sibuk nak cuti bila dah bagi cuti nahh hambek kau sibuk pulak nak sekolah. Apa kena entah. Dah tebiat agaknya. 


Sekarang dah bulai Julai. Julai derr. Julai. Bukan nak cakap aku ni batak dengan bulai Julai tapi bila dah bulan Julai itu maknanya trial pon dah makin dekat. Heh, trial ni pon la kan apahal la nak dekat dekat. Lempang sampai terbang tahu la. Dekat sekolah, hari hari dapat tekanan. Dalam kelas bising, susah nak belajar. Rasa nak jerit je "Woii gila, senyap lah" Tapi kang aku pulak yang kena gila. Lebih baik diam. Dekat rumah nak belajar tak seronok sebab tak ada kawan. Nak tanya siapa? Tak kan la nak tanya nenek jiran sebelah pulak. Dia pon sibuk dengan pokok bunga dia tu. Hmm, apa lah nasib -.-


Bila teringat dekat result exam haritu mesti mengeluh. Hmm "Boleh ke nak straight a's ni?" Result teruk sangat. Rasa macam dah down gila sebab result haritu. Tapi takkan la nak terus down and give up kan. Aku kena keep going and move on. Aku nak lebih dari apa yang aku dapat masa exam haritu. Tapi kalau nak lebih mesti kena ada EXTRAVAGANZA USAHA !!




- success belongs only to those who are willing to work harder than anyone else -

No comments: