Monday, July 16, 2012

Wishlist tambahan.

Assalamualaikum.w.b.t.

Entri di tengah malam. Esok sekolah dan aku masih tak boleh tidur. Masih diatas katil. Untuk menghilangkan bosan aku mencapai laptop. Nak hilangkan bosan kejap. Lepastu tidur la. Tiba-tiba terdetik nak search pasal beats earphone. Hmm. Tetiba aku rasa minat gila dekat benda ni. Aku baru beli semalam. Warna purple. Dan sebenarnya aku tak minat pon warna ni. Rasa nak beli lagi satu tapi nanti-nanti la. Nak kumpul duit dulu. Sekarang tengah sengkek kot. Beli yang warna purple ni pon pau duit abah.

Warnanya lebih kurang macam ni tapi modelnya lain sikit.

Bila dah dengar lagu guna benda ni memang dah tak pandang kiri kanan atas bawah. Tak dengar dah apa-apa yang kat luar tu. Dan sebab benda ni jugak la mama kena cakap dengan aku sampai masuk bilik. Hahaha. Kwangjar tak aku. Agak-agak kena lempang sedas nanti baru aku tanggal agaknya.

Wishlist tambahan aku.

Kalau hajat aku ni masih ada yang nak tunaikan. Aku nak yang ini. Harap nak yang sama macam ni. Tapi aku tak pernah jumpa lagi warna ni. Kalau ada rezeki ada la tu kan kan kan. Kalau tak dapat yang macam ni pon tak apa. Yang tak beribu beriban pon tak apa. Yang tak beratus beritus pon tak apa. Asal ada je untuk mengikut nafsu kehendak yang melampau ni. Hahaha. 


Aku minat biru.

Kalau tak dapat yang kat atas tu. Yang warna biru ni jadi pilihan aku yang kedua. Beli yang purple dah pau duit abah. Lepas ni nak pau siapa pulak ehh? Hmmm. Kalau tak dapat nak pau orang makanya, kena kumpul duit sendiri lepatu beli sendiri. Kena ikat perut la lepasni sebab nak kumpul duit.


Nota untuk diri sendiri : "Hoi, beli benda ni rajin pulak nak save duit kalau tak main bedal ikut suka je duit tu nak buat beli ntahpapapapa" *insaf.jpg*


No comments: