Tuesday, August 14, 2012

Raya dan Study.

Harini aku ponteng sekolah. Kali ketiga aku ponteng dalam tahun ni. Aku malas gila nak datang sekolah. Pagi tadi aku gi kedai cari barang barang nak buat kuih raya. Aku buat kuih raya siot. Masuk harini dah empat kali ke tiga kali aku buat tapi tak sempat nak raya dah habis dulu kena bedal. Letih buat kuih ni. Ye la kan nak kena buat itu buat ini. Tengah buat buat tu semua dapur mesti berkecah lepastu nak kemas lagi dapur. Mak aii, manggai la penatnya.

Minggu ni mungkin akan jadi minggu yang paling penat dan sibuk. Sibuk nak kemas rumah.Sibuk nak iron baju. Sibuk nak makan. Sibuk nak buat itu. Sibuk nak buat ini. Tapi tahun ni raya tak boleh nak sakan sangat. Kang raya ke mana buku ke mana. Raya raya jugak tapi study tak boleh tinggal. Hmm, study study study! Mood dah ada woii, boleh la study dengan jayanya lepasni. *arghh, bajetnya

Bercerita mengenai study dan raya. Ni tahun pertama yang aku kena raya dulu baru exam besar. Pehh, rasa macam tak ada freedom langsung. Terkongkong dengan buku dan nasihat nasihat a.k.a bebelan mak ayah serta ibu guru. Banyak betul pantang larang. Banyak betul tak boleh nya. Banyak betul petua. Yang paling pentingnya banyaknya bebelan tapi dengan bebelan tu la yang dapat menyedarkan aku yang malas tahap langit petala kelapan ni. Untuk aku yang malas ni perlu ada kesedaran diri dan perlu tahu membahagikan masa antara makan, tidur, study dan membuang masa. Wooooaaaa, rasanya membuang masa yang lebih banyak daripada study.


Study hard but not too hard ? Hmm, betul la ni. Tak payah nak belajar hard sangat yang pentingnya belajar smart. Maksud smart kat sini yang aku nak cakap, belajar kena ada strategi. Belajar yang hari demi hari dan sikit demi sedikit adalah lebih baik berbanding belajar sekali banyak dalam satu hari ataupon dalam waktu yang singkat. Sekian, peace yaww :)


Akhir kata untuk entri kali ini, aku semakin gembira. Hahahaha. 





No comments: