Friday, September 14, 2012

PMR dah makin dekat.

Assalamualaikum w.b.t.

Baru habis Pra PMR. Alhamdulillah boleh lah jawab. Nak cakap yang target semua A tu memang tak la. Kelaut kang semua tu. Entri kali ni nak cakap pasal apa pon tak tahu. Tahun ni macam kurang sangat buat entri. Sebulan tu tak sampai pon 10 entri. Sibuk sebenarnya bila ada exam besar besar ni. Nak kena kurangkan aktiviti aktiviti yang tak penting. Kurangkan online sana sini. Kurangkan texting. Kurangkan macam macam lah lagi tapi makan tak payah kurang pon tak apa. Tu yang sampai berat naik dengan drastiinya. Ouhhhhh -,-

Sekarang ni fokus utama aku ialah PMR. Aku dah tak berani nak countdown. Sebab apa? Sebab aku dah cuak. Cuak kot. Senior senior dekat sekolah semua cakap PMR tu senang. Heee, korang dah lepas boleh la cakap. Sabar je lah kan :') Tapi kan apa yang dorang cakap ni betul jugak. Kira bagi semangat tu increase sikit la.

Nak exam ni banyak benda nak kena buat. Bukan setakat belajar je. Abah aku cakap kena la selalu jumpa cikgu minta maaf dekat dia ke apa ke. Minta halal kan ilmunya. Betul cakap abah tu tapi aku ni memang tunggu dah dekat dekat exam nanti la baru jumpa cikgu. Kadang kadang tu aku ada gak chat dengan senior yang dapat straight A's masa PMR dia tiga ke dua tahun lepas. Banyak nasihat yang dia bagi. Dia selalu cakap solat lima waktu jangan tinggal. Hormat cikgu. Lepastu dia cakap, kalau boleh solat tahajjud dengan solat sunat dhuha buat lah sekerap mungkin.

Kalau pasal pilih aliran tu, dia cakap kita ni kena ukur baju diri sendiri. Lepastu tengok cita cita dengan apa yang kita minat. Jangan sebab orang, kita pilih aliran tu nanti kita yang menyesal. Sampai sekarang aku tak tahu nak ambil aliran apa masa form4 nanti. Kalau orang tanya aku, aku jawab "papehal pon tengok result dulu la." Serius aku tak tahu nak ambil apa nanti.

P/s : doakan yang terbaik untuk aku ;)


No comments: