Wednesday, September 12, 2012

This is just my opinion.

Assalamualaikum w.b.t.

Lama sudah tak update new entry sampai ada orang kata "lebih baik delete terus blog" okay fine *tutup WiFi* - *macam tak ada kene mengena* Kepada yang terasa tu tunggu la habis je PMR nanti aku update sekerap mungkin. Kalau boleh setiap hari berentri-entri aku buat. Hmm, nampak melampau di situ. Entri kali ni aku nak bagi pendapat. Pendapat okay. Bukan nak cari gaduh.

Pernah dengar tak "Sokonglah muzik tanah air" "Sokonglah industri seni malaysia" and blablablabla yang seumpama dengannya. Mesti pernah kan. Selalu dah dengar benda benda macam ni tapi perasan tak KPOP jugak yang popular dekat Malaysia ni. Semua nye nak  KPOP. Entah apa-apa entah la. Aku sokong industri seni Malaysia tapi cuba fikir balik. Bila dengar radio balik balik lagu KPOP. Kalau remaja masa ini sure sure lah kan bukak hot fm atau era fm. Dah tak ada maknanya dorang nak bukak klasik nasional segalanya disini menggamit memori ~ Ni siaran radio zaman zaman abah aku aje.

Nak sokong industri seni Malaysia kemendenya kalau dah siaran radio Malaysia sendiri yang putarkan lagu lagu KPOP bagai tu. Aku bukan la anti sangat aku layan jugak tapi tak de la obses sangat sampai 24/7 nak korea memanjang. Sakai apa -,- Nak putarkan lagu KPOP tu boleh la tapi beragak la jangan sampai tiga empat lagu berderet semua korea. Aku yang nak dengar lagu teman pengganti dari black and malique tu acano pulak ? Tak kan nak pergi call erafm atau hotfm cakap macam ni "No korea please. Malay only" Boleh ? Bosan la nanti kan.

Aku bukan nak kutuk KPOP tapi entah la. Sakit telinga kalau dah asyik 24/7 asyik dengar lagu korea je. Kalau faham tak pe la jugak ni sepatah haram aku tak faham. Jadah apa -.- So, dekat sini aku nak tekankan bangunkan lah balik lagu lagu melayu. Sokonglah muzik tanah air kita. Sokonglah industri seni negara kita. Ada yang kata lagu sekarang tak seronok dan tak sedap didengar tapi at least jangan lah nak maki jangan lah nak caci.

Aku dah cakap ni pendapat aku bukan entri nak cari gaduh. Kawan kawan aku sebahagian besar peminat KPOP. Sampai ada yang ngaku ngaku balak lah husband lah abang lah apa la. Sikit pon tak kisah. Lantak korang la. Bagi aku hak untuk minat artis artis ni biar lah berpada jangan tak ingat tempat pulak. Kalau segala gosip dan segala kehidupan artis artis zaman sekarang boleh hafal kenapa riwayat hidup Rasullulah S.A.W tak boleh nak ingat. *muhasabah diri sendiri*

Fikir-fikir kan lah balik.

No comments: