Friday, October 26, 2012

Kawan .

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Harini nak bercerita pasal kawan. Ramai orang beranggapan bila lain jantina berkawan dengan lain jantinanya mereka suka sama suka. Tapi bagi aku tak. Tak semestinya kita kawan dengan orang yang lain jantina kita suka kat dia. Memang suka tu ada tapi suka as a friend. Suka ni subjektif. Suka ni luas maksudnya. Bukan setakat suka nak tangkap cintan cintun je. Suka ni macam bila kita selesa berkawan dengan sesorang tu kita suka dia la tapi bukan suka nak fenfeeling. Over kemain kau.

Aku perempuan tapi aku suka berkawan dengan lelaki tapi tak bermaksud aku tak ada kawan perempuan langsung. Tak bermaksud juga aku berkepit dengan member member laki 24 jam. Tak. Tak. Bukan macamtu. Bagi aku member laki senang bawak gurau. Senang sembang. Senang gelak. Dorang cerita pum pang pum pang pon aku dengar je. Dorang sembang entah apa apa pon aku dengar je. Sebab bila sembang member laki dengan member perempuan totally different. Berbeza sangat. Kalau dengan member perempuan cerita banyak hal yang gossip sikit. Banyak cerita pasal artis tak pon mengumpat akak akak senior. Hahaha. Teruk perangai kan tapi bila sembang dengan member laki borak pasal bola pon aku layan. Padahal bukan minat bola sangat pon.

Ada sorang member aku ni dia lelaki. Dia pernah cakap dekat aku macamni "Kau tau tak kenapa aku suka sembang dengan kau?" Aku jawab "Haa, apahal?" Dia cakap balik "Sebab aku anggap kau macam lelaki aku tak rasa kau macam budak budak perempuan yang lain" Aku "Ciss , kwangjak betul" Masa ni tak terasa langsung dengan apa yang dia cakap. Lantak la nak cakap apa asal kau bahagia. Hahaha. Sebab dia kata dia tak suka sembang dengan perempuan. Perempuan ni gedik. Dalam hati aku cakap "woii, aku ni perempuan" *hanya mampu jerit dalam hati*

Sembang dengan member laki banyak sembang pasal dunia. Cerita pasal kereta la bangunan mencakar langit la air terjun la gerabak  kereta api la. Entah apa apa entah tapi seronok. Bila aku test dengan member perempuan cerita macam ni majoriti tak nak layan aku *sadface.jpg* Satu yang aku suka dengan member laki ni bila kita kutuk atau bahan dia punya kaw kaw dia tak sentap. Kalau member perempuan mahu menangis setitik dua titik lepastu merajuk 4 malam 3 hari. Overdos sentap. Kemainn kau jemah. Tapi bagi aku member tetap member. Masing masing ada kurang ada lebih. Tak kira la lelaki ke perempuan mereka tetap ada kelebihan tersendiri.

The secret to friendship is being a good listener :)

No comments: