Thursday, October 18, 2012

Pengalaman hari ini.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Cuba teka harini aku buat apa? Jeng jeng jeng *bunyi drum* Harini kan aku belajar memasak dekat kolej komuniti. Wohoooo!! Nampak macam teruja sangat kan padahal sikit pon tak teruja. Aku rasa macam tak seronok. Tak tahu la kenapa. Aku lagi seronok masak dengan budak kelas aku tahun lepas masa kelas KH. Tugasan yang diberi mestilah berkumpulan. Dalam group aku ada 8 orang. Semua outsider so Geng Budak Luar la kan. Group aku campur dengan budak kelas A. Dalam group tu yang paling kamceng Mayok dengan Shada je kot. Yang lain biasa je. So macam tak berapa nak meriah tapi kitorang tetap enjoy. Group aku buat kerja memang senyap sebab tu la kerja cepat siap.

Apa yang aku masak harini? Ada dua menu.Yang pertama Meat Loaf. Yang kedua puding coklat sebagai pencuci mulut. Nanti bebila aku free aku buat entri pasal resepi nya dan gambar gambar yang berkaitan. Sekarang ni aku sangat la malas tahap cimpanzee goyang kaki sambil makan pisang. Bila kita memasak dengan kawan kawan ni. Banyak pengalaman sebenarnya. Nanti dah tua boleh cerita dekat cucu cicit. Here, aku nak share sikit.

Bila kita berkumpulan. Mesti masing masing ada job sendiri kan. Dekat sini aku nak cakap. Kerjasama tu penting.  Kalau tak ada kerjasama satu apa pon tak jadi. Bila ada cooperation semua kerja akan jadi smooth. Dalam group aku alhamdulillah semua memberi komitmen yang baik. Ecehh! Tapi aku nak sentuh sikit pasal "jangan pentingkan diri sendiri". Kenapa aku cakap macam ni ? Aku cakap macamni sebab bila kita kerja berkumpulan mesti semua nak rasa macam nak buat itu macam nak buat ini kan kan kan? When we're in a group, please dont be too selfish. Tolong bagi peluang dekat orang lain untuk mencuba. Jangan fikir diri sendiri je. Jangan fikir semua nak buat. Dont act like a leader if you're not the leader. Bagi aku orang yang macamni bajet semua benda dia tahu. Eh, boleh jalan la. Kesian orang lain. So, overall harini memang enjoy tapi aku tak over excited macam selalu. Harini tetiba rindu Syai dengan Adel sebab tahun lepas aku memasak dengan dorang.

Aku suka masak sebab aku nak jadi isteri mithali. Hahaha.



2 comments:

Syeraa said...

Wahaaaaa ~ Terharu lah siot AnisMS rindu . Tak percaya ~ Dush dush *tumpak.pipi*

anis said...

Syaii , sila lah rasa terharu ye . Ini serious talk.