Tuesday, October 16, 2012

PMR punya cerita.

Assalamualaikum w.b.t (",)

Alhamdulillah PMR dah berakhir. Bersyukur sangat dapat jawab semua soalan dengan tenang walaupon ada kalanya aku menembak. Tawakal je la. Usaha dah buat. Dah bersungguh-sungguh jawab soalan. Lepas ni banyakkan doa je la. Berdoa semoga pemeriksa kertas terdiri daripada orang orang yang murah hati, berlapang dada dan tidak stress. Aku harap sangat pemeriksa bukan orang yang sedang mengandung. Takut terganggu. Cuak kot -_-

Malam sebelum peperiksaan bermula. Aku dah pon dan telah pon menangis. Hahaha. Nak tahu tak sebab apa? First  of all, aku takut sangat dan cuak gila. Masa UPSR dulu tak rasa pon macam ni. Menggangu  emosi betul. Yang keduanya, bila abang-abang aku telefon dan text aku. Yang si Syahir tu call tetiba tanya exam apa start pukul berapa and macam macam lagi. Rasa terharu gila. Sedih bila ingat. Yang Ewan dia text je. Banyak cakap dia. Biasalah bakal cikgu kan. Banyak betul yang dia suruh aku buat. Lepas baca mesej dia tu la yang aku nangis malam malam. Terharu dan cuak. Both of them makes me sad. Maka natijahnya, keesokan harinya mata aku telah bengkak dan sembap sampai kawan kawan menegur "kau tak tidur ke nis?" *dalam hati berkata* "bukan tak tidur, ni menangis air mata ni."      

Sepanjang peperiksaan berjalan. Banyak pengalaman yang aku dapat. Pertamanya, hari pertama exam bahasa melayu. Aku nervous gila sebelum masuk dewan. So here the tips, banyakkan baca selawat. InsyaAllah hilang perasaan gugup tu. Masuk dewan langkah la dengan kaki kanan. Sebelum duduk baca bismillah. Sebelum buka kertas soalan baca surah alam nasyroh laka sodrok. InsyaAllah, nanti Allah permudahkan peperiksaan kita.

Sepanjang  PMR jugak banyak betul gangguan. Gangguan paling utama ialah pengawas peperiksaan.Whoaaaa !!! Mereka mereka ini suka menggangu sesiapa sahaja yang tidur. Aku tidur tak pernah aman. Ada satu haritu belum sampai sepuluh minit kot dah kena kejut. Terbantut air liur ni nak meleleh. Cis, pengotor betul T__T Kalau exam waktu petang lagi parah. Kena tahan mata. Siapa yang cepat mengantuk tu sila la bawa minyak cap kapak dan seangkatan dengannya ya.

Banyak benda nak cerita sebenarnya tapi nampak gaya entri dah cecah ke lantai. Better stop daripada aku melalut lebih panjang lagi. Akhir kata, doakan kejayaan aku dan kawan kawan yang lain ya :)


                                                                                                                                                                                                             

No comments: