Thursday, October 25, 2012

Rutin hari ini.

Assalamualaikum w.b.t (",)

Harini cuti sehari sebelum hari raya haji. Aku bangun awal pagi sebab mak aku kejut. Tak ada lah awal mana pukul 7 jugak bangunnya. Golek golek dulu atas tilam pukul 8 setengah la akhirnya aku bangun dari tilam. Lama tak aku golek golek ? Pagi pagi lagi dah kena jemur kain. Tu kerja biasa bila cuti sekolah sebab mak aku akan tinggal semua tu macam tu je. Mula mula tadi adik aku yang sidai lepastu dia stop. Ciskek punya adik. Ingat nak meringankan beban aku kejap tapi buat kerja separuh je. Hampeh betul -.-

Lepas sidai kain aku terus sapu rumah. Tiba tiba teringat mak aii lamanya dah tak sapu rumah sejak PMR start. Biasanya abah atau mama yang sapu. Terasa macam penatnya menyapu dah lama tak menyapu. Lepas menyapu aku sambung mop walaupon lantai tak berapa nak melekit. Tengah rajin kan semua benda rasa nak buat. Masa mop tu rasa berpeluh peluh. Dah lama tak rasa penat mengemop. Kira berbaloi la aku mengemop harini keluar peluh jugak. Ala ala bersenam sikit. 

Sebelum mak aku pergi kerja dia dah bagi list nak buat apa harini. Ingat tadi dah buat mata kuyu pura pura tidur mak aku tak nak cakap tapi dia cakap jugak. Nasib badan la. Kena buat jugak. Harini kena kupas bawang sebanyak mana yang boleh. Kisar kacang tanah dan aku rasa banyak benda lagi nak kena buat. Aku rasa harini kerja aku bertapa dekat dapur. Aku bercadang nak buat cip coklat harini. Kalau mood rajin terlebih harini akan ku buat dengan kadar segera.

Tadi aku pau mak aku"ma, nak duit nak beli novel" Mak aku cakap "novel apa la yang nak dibelinya" Tu maknanya dia tak bagi. Ok fine *muka sedih* Esok nak pau abah pulak. Aku tengah gian nak membaca novel ni. Baca novel over feeling tu yang asyik nak menjiwang je memanjang. Sampai syok sendiri dengan crush. Hahaha. 

Okay crush assalamualaikum and selamat pagi :)








No comments: