Tuesday, November 13, 2012

Aku tough.

Assalamualaikum w.b.t (",)

Kita ni manusia. Ada hati. Ada perasaan. Ada rasa suka. Ada rasa duka. Ada senang. Ada susah. Hidup kita ni umpama roda tak selalu berada di atas. Kadang di atas kadang di  bawah. Maksud aku dekat sini kadang kita seronok kadang kita sedih. Kita ni manusia bukan robot. Tahap sensitiviti tu mesti ada walaupon sekecil zarah. Sebab kita manusia la kita kena pandai kawal perasaan. Jangan lah seronok memanjang. Jangan lah sedih memanjang. Ada had. Ada waktu kita perlu sedih. Ada waktu kita perlu bergembira.

Lately, aku rasa macam ciwek sangat. Penyedih gila kot =.=' Oh, poor me :'(  Baca novel yang sedih sedih sikit habis bergenang air mata. Tak pernah pernah aku se-feeling ni tapi ada dua biji novel yang berjaya buat aku over feeling. Kemain kau aku sedih menyedih ni.

Aku ada satu cerita. Harini aku sedih. Sedih sangat. Rasa makan hati sesangat. Rasa terkilan pon ye gak. Nak cerita sebab apa tu tak boleh. Too private la. Disebabkan aku terlampau over sad harini apa yang aku buat harini macam hambar je. Macam orang yang hidup takde arah tuju. Lastnya aku nangis. I'm cried. I'm cried.  I'm cried. Puas bila dapat nangis. Puas bila dapat bercerita apa problem kita. Rasa ringan bila dah nangis. Aku dah lama rasa nak menangis tapi harini baru dapat lepas. Rasa free gila sekarang.

Bila kita ada problem jangan pendam. Lepaskan. Takut bila kita pendam kita jadi gila sebab asyik fikir pasal benda tu je. Menangis satu terapi sebenarnya. Aku lebih selesa menulis berbanding menangis. Kadang kadang aku menulis sambil menangis. Bagi aku, aku suka menulis bila ada problem. Menangis adalah satu perkara yang terakhir akan aku buat. Kalau aku rasa macam tak kuat sangat baru aku nangis.

Memang nampak aku macam ni. Nampak aku macam yang happy go lucky tapi dalam siapa yang tahu. I'm broken inside. Aku rasa seumur aku hidup baru dua kali aku nangis sebab ada problem. Aku cuba untuk kuat. Aku cuba untuk tak menangis. Aku tak nak jadi ciwek. I want to be a tough girl. Hoyeaahh !  I'm tough ! Aku janji aku tak kan menangis sebab benda ni lagi. Cukup la sekali menangis sebab benda ni.

And now, I can smile like before :')



2 comments:

Syeraa said...

Anis Kuat ! Jangan nangis dah okeyy ;)

AnisMS said...

Okay Syai . Tak nangis dah :)