Monday, November 26, 2012

Aku yang kehilangan -.-'

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Menaip sambil dengar lagu Cerita Dia - Drama Band.

Malam ni aku macam bukan aku. Bukan aku. Selalu dah benda ni jadi dekat aku. 'Benda' yang dimaksudkan adalah bila aku punya perangai dan mood berubah. Akan ada satu perasaan yang datang. Aku sedih. Sedih tanpa sebab. Ya, tanpa sebab. Aku tak tahu apa masalah aku. Sekarang ni aku tengah sedih macam rindu seseorang. Masalahnya rindu siapa pon tak tahu. Nak kata rindu classmates aku memang tak la aku bukan jenis nak rindu dorang semua tu kecuali Epa, Asilah, Mayok and Abu. Rindu dorang okay :'(

Satu perasaan dimana aku akan mengurung diri dalam bilik sendirian. Tak nak ada orang kacau. Kalau ada orang masuk bilik aku buat bodoh. Bila dia bercakap aku buat bodoh. Bila dia tak berhenti bercakap aku akan jerit "Weh, kau blah dari bilik aku. Serabut la!" Kalau ada orang ajak sembang memang aku malas nak layan. Nak tak nak aje. Bila ada orang ajak aku sembang dan aku malas nak layan perkataan yang akan keluar dari mulut aku ialah "entah" dan "tak tahu". Agak agak kalau ada dengar perkataan tu keluar dari mulut aku baik kau jauh jauh dari aku dan jangan kacau aku nanti kau kau dan kau aku maki dalam hati.

Sempurna... Cerita yang tak sempurna. 
Ah drama band punya lagu bikin mood gua lagi meleret meleret sedihnya.

Susah bila aku tak ada mood. Aku akan duduk dalam bilik. Aku akan tak makan walaupon aku lapar. *Sebenarnya aku dah makan sebijik burger daging siap cheese lagi sebelum mengurung diri. Aku akan dengar lagu entah apa apa dan aku akan layan sampai aku tertidur. Nak nak kalau tengah tak solat memang habis bateri tab abah aku aku balun buat dengar lagu sedih sedih ataupon rancak rancak kemain. Kalau aku tengah solat memang Isyak aku jadi pukul 1 2 pagi sebab melayan sangat perasaan sedih tu habis solat entah kemana.

Tukar lagu.
Harapan - Hyper Act.

Tak ada mood ni rumit. Apa benda yang aku buat semua jadi tak kena. Ada je nanti barang yang aku akan campak ke bawah. Bilik bersepah pon aku biarkan. Aku baring menghadap siling. Kosong. Cicak pon tak ada. Bosan sungguh. Tak ada mood. Jiwa kacau. Arghhh -.-' Benci bila jadi macam ni. Nak bercerita dengan orang tapi tak tahu nak cerita apa. Apa ke pelik la perangai aku yang satu ni. Aneh se-aneh aneh nya. Aneh tu saja aku gandakan sebab memang aneh dan aku tak faham dengan diri aku sendiri.

Menjadi kenangan. Memburu impian masa kita selamanya.
Lirik di atas ni ada kena mengena dengan mood aku sekarang ni ke ? Jawapannya tak. Tak langsung.

Bila aku jiwa kacau. Satu benda je yang aku cari. Satu je. Aku akan bukak twitter aku. Aku akan tweet apa yang aku tengah rasa masa tu. Based on my tweets, peole will know yang aku tengah JK. Selalunya Haiqell yang akan mention aku and tanya "Kau apasal JK semacam." Dia bestfriends aku since 5 years old. Dari dulu sampai sekarang aku selalu buli dia. I love him okay. Friendship never die ya bro.

Tukar lagu. Muara hati by Hafiz ft Dato' Siti Nurhaliza.

Dalam banyak banyak media sosial yang aku ada. Twitter dengan blog je tempat aku luah kan perasaan. So apa yang aku tulis dekat blog mahupon twitter adalah lagi jujur dari hati aku sendiri. Facebook kureengg sikit. Aku tak suka meluah perasaan dekat facebook. Facebook public sangat. Kang aku update status aku sedih kang semua sibuk nak tanya. Nanti aku jawab kucing mati semua tak nak percaya. Lepu. Lepu. Lepu. Lepu sesangat facebook sekarang ni. Facebook aku banyak aku share pasal kehidupan seharian je. Fenfeeling bagai tak ada maknanya aku nak share dekat situ. Nan hadoooo !

Kerna bila cinta sudah bersemadi tak kan terpisah hati...
Sebahagin dari lirik Muara Hati.
Apsal semua lagu yang aku dengar ni stok stok jiwang baru putus cinta ni? Ah lantak. Lantak la. Aku tengah emo ni. Nak layan perasaan.

Tukar lagu lagi. Sayang by Shae. Ni lagu favourite aku. Lagu ni rancak kemain.
Sayang apa khabar denganmu. Di sini ku merindukan kamu.

Ya. Aku rindu kau. Tapi siapa kau ? Arghhh tension -.-' Stress tahu tak. Stress -.-' Aku suka buat -.-' smiley yang tak berapa nak smiley tu bila aku menaip sambil buat muka toya dan tak berperasaan. Feelingless betul. Serabut betul malamni walaupon hakikatnya bilik aku dengar bunyi kipas dengan lagu sayang tu je. Bila mood dah tak ada. Jiwa jadi kacau. Hati jadi bilau. Perasaan entah kemana. Semua bercampur aduk jadi satu jadi porak peranda jadinya. Entri dah pajang sangat sebab meluah perasaan ni. Baik aku stop sebelum aku jadi makin jiwa kacau dan gila.

Entri yang ikhlas dari Anis.
Budak yang tengah tak ada mood dan jiwa kacau.
Sekian. Peace :')

No comments: