Wednesday, November 28, 2012

Cerita Hari Ini.

Assalammualaikum w.b.t ('',)

Menaip entri sambil dengar era.fm. Lagu harapan by Hyper Act.

28 November 2012. Rabu. Aku dikejutkan seawal 5.30 pagi. Awal bukan main kan. Malam sebelumnya tu aku tidur pukul 1 lebih sebab tengok tv. Lepas tengok tv aku masuk bilik menghadap siling. Kosong. Bosan. Aku terus tidur.  Sila kira berapa jam aku tidur. Aku mengantuk okay mengantuk. Aku gagahkan juga mata kaki kepala badan dan juga perut untuk mandi. Dah lama tak mandi awal awal macamtu. Sejak cuti sekolah asyik mandi tengah hari je. Mandi pagi gila feel la aku cakap. Sejuk. Cergas. Cerdas. Eh eh aku buat slogan mandi pagi ke apa ni. Ah lantak.

Lagu ditukar. Bangkit. Mentang mentang la Malaysia menang tadi. Aku bangga dengan Harimau Malaya.

Sambung cerita. Aku bangun awal awal tu sebab aku nak pergi MRSM Pasir Salak. Ada ujian UKKM. Kemain gigih aku bangun awal. Mama dengan abah aku lambat lambat je pagi tadi. Sempat jemur baju seawal jam 6 pagi. Kau ada ? Kalau ada kau satu geng la dengan parents aku. Nak pergi test ni aku langsung tak excited. Tak excited langsung. Langsung. Belajar pon takat takat apa yang masuk je. Ala kadar je. Lebih tepat nya tak study pon. Menghadap buku je lebih. Tenung buku je lebat.

On the way ke Pasir Salak tu aku tidur ayam je dapat. Nak tidur lena tak boleh. Jalan nak ke sana tu tak berapa nak smooth. Tambah lagi bapak aku bawak laju kemain. Asyik nak bakar line orang je. Nasib baik pagi pagi banyak lori je. Ke Pasir Salak tu tak ada la jauh mana. 45 minit je dah sampai. Kejap aje tu. Sempat sarapan dekat Pak Yob corner ke apa entah nama stall tu.

Masa sampai dekat MRSM tu, first impression untuk budak yang sekolah macam aku ni. Amazing! Awesome! Jauh beza dengan Sam1. Jauh beza dengan Sam1 weh. Jauh sangat bezanya. Berganda ganda besarnya. Aku bukan nak cerita pasal maktab tu pon. Aku pon bukan nak cerita pasal UKKM tu. Aku malas nak ingat. Stress aku dibuatnya -.-'

Aku nak cerita pasal budak budak yang datang dekat sana tu je. Ada aura menggatal dekat sini. Hihihi. Sememangnya lebih ramai budak perempuan dari budak lelaki. Standard la tu kan. Perempuan ni lagi minat nak pindah pindah sekolah ni. Aku la tu. Hehehe. Budak lelaki yang pergi UKKM tu semua stok stok muka innocent je. Ditambah lagi dengan baby face. Comel kemain. Hahaha. Ada yang muka jambu jambu tu kira stylo la dengan bag SAG dia tu. Budak ni putih okay. Jerawat pink. Hahaha. Aku tak sempat nak berkenalan dengan sesiapa pon dekat sana. Tak berminat. Sejak bila entah aku jadi tak peramah ni. Aku pon wondering. Aku fikir nak cepat habis je. Aku nak balik. Aku macam tetiba tak berminat nak masuk MRSM ni. Dulu kemain excited. Hahaha. Tapi dalam hati masih ada sedikit keinginan nak ke MRSM Tun Ghaffar Baba tu. Eh Anis apa kau cakap belit belit ni. Aku tengah gila ni. Tu yang jadi macamni.

Harapan aku satu je. Nak results PMR yang gila gempak dan boleh kalahkan kakak aku. Sekian.

Game antara Malaysia dengan Laos agak hambar tapi membanggakan. Malaysia 4-1 Laos. Pemain pemain yang aku respect untuk malam ni : Safiq Rahim. Safee Sali. Mahali Jasuli. Wan Zack Haikal. Kunalan. Baddrol aku tak berapa nak respect sangat sebab dia masuk padang dah nak last last. Anyway aku still dengan Baddrol. Hahaha.

Kepada twitterians yang dah buat janji bodoh kalau malaysia menang nak buat itulah inilah sila tunaikan. Jangan sembang kencang semata mata nak gain followers. Kau boleh pergi terjun taming sari kalau dengan cara ni. Aku tak suka twitter yang sekarang. Banyak hotstuffs facebook yang cetek akal dan tak berpandangan jauh tweets macam orang yang tak ada otak. Tweets ikut suka tu memang hak kau tapi kalau dah memalukan tu nak cakap apa. Aku tak tahu nak kategorikan apa dengan orang orang yang macamni.

Janji aku satu je. Kalau Malaysia menang malamni aku nak potong kuku esok. Padahal aku baru potong kuku semalam. Takpe takpe. Masih ada ibu jari kaki yang belum potong. Hihihi. 

No comments: