Sunday, November 4, 2012

Masa depan mat jenin aku.

Assalamualaikum w.b.t (",)

Harini aku nak buat entri tentang masa depan. Bukan masa depan sebenarnya lebih tepat angan angan. Bercakap pasal masa depan ni, mesti la semua orang ada angan angan hendak kan masa depan yang baik kan. Tak gitu? Masa depan yang baik siapa yang tak nak sure sangat la kan semua orang nak. Bagi aku memikirkan masa depan ni seperti angan angan yang kita tak tahu hujung pangkalnya. Memikirkan masa depan ni bagus tapi bagi aku tu semua untuk pasang angan angan je. Aku kuat berangan so masa depan yang aku impikan sangat la mengarut dan tak boleh pakai. Hahaha. Intro macam apa aje ni. Aku pon naik tak faham dah ni.

Angan angan aku yang pertama ialah bilik yang seperti ini :


Warna bilik tak berapa nak terang sangat dan tak gelap sangat so nampak macam cool aje bila lepak dalam bilik macamtu. Perabot pon tak nak banyak sangat nanti serabut. Rak yang kat tepi tu nanti aku nak letak novel novel aku yang makin lama makin dimamah usia tu.

Angan angan yang kedua pulak :


Samsung Galaxy Note II weh. Tinggi tak angan angan aku ni. Angan angan tahi ayam betul kan. Phone stylo kot tapi besar gedabak. Memandangkan phone sony aku tu dah rupa nyawa nyawa ikan aku berhajat inginkan phone sebegini rupa. Demand betul. Abah, tolong belikan ini untuk Anis. Please abah pleas *muka kesian* Kalau tak dapat Galaxy Note II ni dapat Galaxy S III pon dah okay kan. Gila keji aku ni nak pau bapak aku. Hahahaha.

Angan angan seterusnya :


Gitar putih ni tak pernah terlintas dek akal pon sebenarnya tapi nampak macam smart kan so tetiba dia tersenarai dalam angan angan mat jenin aku. Dah lama aku teringin nak belajar gitar tapi memandangkan takda siapa yang nak mengajar tunggu la aku lepas SPM nanti. Akan ku belajar dengan kakandaku.

Angan angan yang terakhir kot ni :


Memandangkan aku ni takde kamera persendirian maka aku telah ber-keinginan untuk memiliki Canon PowerShot SD630. Kalau ada kamera sendiri boleh la tangkap gambar dengan banyak sekali dengan gaya yang paling gedik gediksss sekali. Tak ada la siapa nak menyampah kan sebab kamera sendiri. 

Banyak jugak angan angan mat jenin aku ni. Ini semua sekadar angan angan tapi kalau dapat memang rezeki betul la. Sekarang ni apa yang aku nak cuma tukar phone je kalau tak dapat galaxy pon takpe apa yang diberi aku terima dengan lapang hati. Ayat pasrah habis dah ni. Sekian saja angan angan mat jenin dari saya ^_^.




No comments: