Wednesday, November 21, 2012

Random entry.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Entri kedua untuk hari ini. Ni namanya aku tengah bosan tahap kucing hilang mak kerana tak dapat nak menyusu. Perumpaan ke tu? Aku rasa ya. Kalau tak suka jangan banyak bunyi. Pejam je mata tak payah baca. Eh, apa tetiba ni. Tadi aku blogwalking singgah blog Kelab ASPM Siber. Tu blog classmates aku. Amirul Syafiq namanya. Talkative gila tahap murai tercabut ekor. *Amirul, ini gurau okay gurau!

Dia buat entri pasal facebook hari ini. Nak baca? Sila baca INI. Aku rasa ada macam ayat ayat makan dalam sikit. Nah kau terkena setepek dekat dahi aku. Apa yang dia cakap dikira betul okay. Gua buat hashtag bukan tak reti beza twitter dan facebook. Cuma aku rasa nak buat apa yang aku suka. Itu hak aku. Ayat macam marahkan. Tak. Tak. Sila baca dengan nada yang penuh dengan suara kelembutan. Hehehe. Part ayat yang copy paste tu aku memang setuju gila. Kalau setakat sorang dua yang copy boleh tahan lagi nak baca. Tapi kalau dah empat lima orang update status sama tak ke bosan nak bacanya. Gua pon buat ayat copy paste jugak tapi bagi credit sikit la weh.

Dalam banyak banyak status, ada sesetengah status yang agak aku tak suka. Bukan agak tak suka sememangnya aku tak suka. Benci gila kot. Contohnya:

"I'm Single now, need fake relay"

Aku kalau nampak status yang cenggini rasa macam nak menyumpah je. Apahal la buat status cenggini. Memang trend sekarang eh ? Kau single diam diam dah la. Desperate sangat ke sampai nak fake relay. Dah macam apa je. Sungguh la aku speechless -.-' 

Serious talk about me. Dulu aku buka facebook main cafe world dengan fashion world. Nampak tak ada ciri    ciri keperempuanan dekat situ. Hahahah. Gelak la walaupon tak lawak. Lepastu agak sekian lama aku semakin remaja, aku dah tak main game. Aku main masak masak je kat dapur rumah aku. Adik aku tu sampai sekarang still main Pet Society. Gila tabik aku dengan dorang. Game aku untuk masa ini adalah Temple run dengan Subway Surfers. Itu je la. Sampai ada orang cakap aku ni bosan asyik main dua game tu je la. Eh, ikut suka hati aku la. 

Sekarang aku sayang Instagram sangat sangat. Sebab apa? Sebab loading gambar dia sangatlah sekejap. No worries okay. Dekat Instagram jugak la aku selalu stalk Dena Bahrin yang comel tahap maksimum tu. Dekat instagram upload la gamba banyak mana pon. Selagi android kau tak run out of battery selagi tu la kau boleh upload gambar. Dalam hati ni teringin nak buat ask.fm. Tapi masalahnya aku bukan retiss nak buat ask.fm bagai ni. Hohoho. Orang yang ada ask.fm ni aku suka kacau dorang bagi soalan pelik pelik. Soalan cari gaduh pon ada. Hahaha *gelak keji sikit. 

Sedikit pesanan : Sekarang isu yang panas adalah isu Israel menentang Gaza. Kita digalakkan untuk memberi sumbangan walau dengan apa cara sekalipon. Kalau kita tidak mampu untuk memberi sumbangan setidak tidaknya berdoalah kepada Allah agar mereka terselamat dan berada dalam rahmatNya. Bercita cita untuk membuat entri Save Gaza tapi aku tak tahu banyak maklumat. Just pray for them :')

No comments: