Thursday, November 29, 2012

Rintihan Seorang Anak.

Assalammualaikum w.b.t (",)

Dah baca tittle entri kali ini? Nampak macam nak cerita sedih kan. So the story begins.

Cuti sekolah aku ni memang warna warni.Tiap kali cuti sekolah memang warna warni pon tapi aku rasa semenjak dua menjak ni macam kelabu semacam. Just imagine aku duduk dengan adik beradik aku yang lelaki seramai 6 orang tanpa kakak aku. Kakak aku SPM so dia ada dekat hostel kesayangan dia tu. Tanpa mama dan abah. Mereka bekerja di siang hari. Abah pulak dah pindah tempat kerja so jarang balik. I'm sad now.

Boleh bayangkan tak macam mana kisah nya kalau seorang anak perempuan hidup dengan enam orang lelaki hari hari. Hari hari okay. Twenty-four hours in a day. Seven days in a week. See? Betapa akrabnya kami. Hihihi. Ayat ni boleh buat tekak aku nak meloncat keluar. Hari hari aku bising duduk dalam rumah ni. Biasa la kan perempuan kan banyak cakap. Setiap hari dan setiap pagi aku la yang akan bangun paling awal. Awal k awal walaupon tak berapa nak awal. Aku la yang setiap hari yang akan sidai jemur dan angkat baju dorang semua ni. Kalau part angkat tu selalu jugak aku curi tulang. Aku kerah adik adik dan adik aku untuk angkat baju. Nak kerah dorang ni bukan senang. Nak kena main ugut ugut dulu. Hahaha. Kejam tak aku. Kejam sikit tapi aku ni penyayang okay. Eh eh macam tak ada kena mengena pulak dengan kata adjektif penyayang tu.

Selama tiap tiap hari tu jugak la aku yang menyapu dan mengemop. Betapa gigihnya aku. Hari hari jugak la aku yang kemas meja makan untuk makan tengah hari. Aku yang akan siapkan lauk. Kalau cuaca macam nak hujan aku la yang akan lintang pungkang nak angkat kain. Semua aku. Aku. Aku. Aku. Aku tak ada la nak merungut sangat pasal buat kerja rumah aku. Tak ada nak bising sangat pon sebab aku tahu tu semua memang kerja aku. Tapi yang tak boleh blah nya bujang bujang dalam rumah aku ni semua malas. Nak menolong aku pon liat. Nan hadoooo! Menyampah aku dengan dorang ni. Sakit hati jemah tau.

Ada enam orang lelaki dalam rumah ni bukan la satu benda yang teruk pon. They're my siblings. So nothing worst okay. Bila abang abang aku balik. Aku seronok. Laptop makin banyak. Hahaha. Aku suka guna laptop dorang dari guna netbook aku sendiri. Laptop dorang best. Kalau rasa bosan dengan laptop ni boleh tukar dengan laptop tu. See ? Ada keindahan disebalik kepahitan tau. Ada abang abang yang jenis melayan kerenah adik adik ni seronok tahu tak. Abang aku yang kedua dan ketiga tu suka melayan kitorang yang banyak cekadak ni. Suka buat lawak padahal bukan lawak sangat pon. Tapi dah nama pon adik beradik kan semua benda jadi bahan gelak. Abang aku yang sulung tu kureng sikit la. Adik adik aku dan aku serta kakak aku pon kurengsss sikit dengan dia. Mungkin sebab dia sulung kot dia bajet dia paling besar. Kitorang tak suka okay tak suka. Dan mungkin sebab dia dah kerja sekarang so kurang sikit interaksi kitorang dengan dia.

Bawah aku ada tiga orang adik lelaki. Beza umur dorang memang tak jauh. So memang selalu gaduh. Tak dengar suara dorang gaduh sehari memang tak sah. Kalau tak dengar tu ada yang kena penyakit bisu la tu. Biasa kalau bergaduh mesti berdua je yang ketiga tu mesti jadi batu api. Bengong betul. Aku ni jenis malas amek port. Aku biarkan je. Aku jerit tak nak dengar. Lantak korang la. Asal tak kacau aku dah. Ada satu benda je yang aku tak suka dengan dorang ni. Suka buat benda benda yang pelik dan membuatkan aku bangun dari tidur. Kalau bangun dari tidur dalam keadaan yang belum puas tidur serius aku rasa nak lempang sorang sorang.

Ada adik beradik yang ramai ni seronok sebenarnya. Rumah aku happening. Kalau gaduh tu biasala esok esok okay dah. Apa yang aku suka adik beradik ramai ni. Barang boleh share dan tukar. Ala ala sistem barter gitu. Ececeh. Aku suka pakai sweater abang abang aku. Hahaha. Abang aku yang kedua tu pon suka sangat merembat selipar aku. Cis betul. Mentang mentang ah kaki aku agak besar. Aku dengan kakak and mak aku baju seluar kain tudung semua share share aje.Tukar tukar selalu. Tapi part selipar atau kasut aku mesti tak boleh nak share dengan dorang. Mak aku dengan kakak aku saiz agak sama tapi aku punya saiz kaki jauh beza dengan dorang. Kaki aku dengan kaki abang abang aku nak dekat sama. Besar gajah tahu tak. Susah nak cari saiz kalau beli kasut.

Whatever happens. I'm always love my family. Family comes first okay.
Abah. Mama. Epi. Ewan. Syahir. Jiha. Apiq. Ami. Arep.
I love them so much.


No comments: