Thursday, November 8, 2012

Rutin cuti sekolah awal seminggu.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Memandangkan aku dah habis PMR sejak berminggu-minggu yang lalu. Datang ke sekolah sangat lah boring dan bosan. Boring dan bosan benda yang sama. Ye aku tahu. Saja nak panjangkan intro. Makanya aku dah cuti awal terlebih dahulu. Cuti sendiri namanya. Cuti awal seminggu. Kau ada ? *aku tahu ramai yang dah cuti awal* Bila dah cuti awal seminggu ni kerja aku duduk di rumah sahaja. Sejak duduk di rumah rutin harian dah bertukar. Totally changed.

Nak bercerita sedikit tentang rutin cuti sekolah awal ni. Aku akan bangun awal pagi walaupon tak awal mana pon untuk sembahyang subuh. Tanggungjawab kot mana boleh tinggal tapi kalau mama aku tak kejut memang subuh gajah la nampaknya. Lepas subuh aku akan tidur balik walaupon aku tahu tidur balik lepas subuh memang tak elok. Rezeki tak masuk katanya. Tapi apa nak buat kan nafsu tidur mengusai segala galanya. Eceh ! Aku akan bangun balik dalam pukul 8 atau 9. Paling lambat pukul 10.  Ciss, memang tak senonoh anak dara ni. Awal awal dah kena reject dengan mak mertua. EH, tetiba. Hahaha.

Lepas aku bangun balik tu biasanya mak aku dah tinggalkan aku dengan wasiat dia yang sangat bernilai. Dia akan tinggal kan aku sebakul dua baju untuk dijemur. Ini perkara biasa okay. Kalau cuti sekolah semua balik  bakul baju dah jadi sampai 3 ataupon 4. Rumah aku memang ada iras dobi sikit. Biasanya mak aku dah siap basuh aku tinggal jemur je. Benda senang so aku kena la buat dengan redha dan ikhlas. Dulu waktu aku tak berapa nak sedooorr diri yang aku ni anak dara aku selalu bergaduh dengan kakak aku. "Kau la sidai"  "Kau la sidai" tapi sebenarnya sampai sekarang pon still gaduh lagi. Sebab aku rasa tak adil dia balik rumah lenggang kangkung tak buat hape. Mentang mentang ah duduk asrama. Jangan nak lemak sangat. Aku garang okay! Sila takut. Hahaha.

Back to the story, lepas sidai kain aku akan sapu rumah dan mop rumah. Sapu rumah memang benda wajib so kena buat hari hari tanpa sebarang alasan. Kalau aku extravaganza rajin aku akan mop rumah hari hari jugak tapi disebabkan aku malas aku mop rumah 2 hari sekali. Jenuh kot nak mengemop hari hari. Sakit pinggang ni wehh. Lepas dah siap sapu dan mop baru la aku mandi. Biasanya aku mandi memang pukul 11 lebih. Ini memang teruk. Tolong jangan dibuat tauladan ye. Lepas mandi baru aku sarapan. Sarapan aku ni dah macam two in one. Breaklunch. Sarapan yang di-combine-kan sekali dengan tengah hari. Tengah hari aku jarang makan sebab baru breaklunch. Kenyang lagi masa tu. Aku biasa makan malam. Sebenarnya ni sekarang tengah poyo-mem-poyos bajet diet. Hahaha. Cuti cuti ni asyik makan tidur online baca novel dengan tengok tv je. Nak gi bersenam memang seminggu sekali je la. Malas tahap gaban kot. Tu yang pakai seluar trek sekarang macam dah tak berapa nak longgar. Ini petanda petanda yang aku bakal buncit. Woooohhhoiii. Baik cegah sebelum terlambat.

Lepas buat kerja kerja rumah ni semua baru la aku lepak depan laptop ataupon depan tv. Kot ada novel baru memang sakan aku layan novel tu sampai lebam. Disebabkan aku cuti awal seminggu aku duduk rumah sorang sorang la. Dan disebabkan aku duduk rumah sorang sorang ni aku telah menjadi orang yang gila gajet  dan lebih tepat sekali jakun kot. Aku akan lepak dekat ruang tamu sambil on tv, lepastu aku akan bukak laptop untuk online dan akhir sekali galaxy tab mestilah sentiasa ada di sisi. Tab adalah untuk dengar lagu tak pon buat aku main Temple Run. Temple Run best bagi  aku walaupon game tu dah lapuk di telan dek zaman. Apa aku kisah. Aku main je. Nampak sangat aku lah penyumbang pembaziran elektrik di rumah. Tu belum campur handphone aku yang cap ayam dua biji tu. Kerja nya asyik nak out of the battery je. Memang asyik nak kena cas. Sungguh aku stress dengan handphone cap ayam aku tu.

Bila petang aku la yang tukang angkat kain. Nak suruh adik aku ? Tak payah la. Nanti dia sibuk berkira itu la ini la. Sebenarnya adik aku tu malas. Game dia lagi penting dari makan pakai dia. Sungguh la bebudak sekarang tak reti nak ber-independent. Kalau malam lepas isyak aktiviti memang akan sama mana pernah berubah. Lepas isyak aku akan hadap laptop aku ni sampai  lebam tak pon layan cerita adam dan hawa. Maklum la rumah tak ada mustika HD kan memang kena tengok online dekat internet je la. Nak kata sedih tak berapa nak sedih sangat pon kan. So, watlek watcool. Tak payah nak over dramatic sangat kan.

Nampaknya entri dah makin cecah ke lantai. Dah rupa karangan jangan kurang dari 180 patah perkataan la pulak. Kengkorang tolong la doakan aku agar cuti cuti ni aku jadi seorang yang pandai memasak. Kot kot abang aku suruh masak ke satu hari nanti tak kan la asyik nak bagi nasi goreng denga telur dadar je kot. Kejang pulak kerongkong abang aku tu nanti. Nampaknya kerja aku cuti cuti ni adalah Superbibik separuh-ke-sepenuh masa. 


No comments: