Tuesday, November 6, 2012

Sedikit cerita.

Assalamualaikum w.b.t (",)

Free hair -> Bertudung = Cantik
Bertudung -> Free hair = Cantaik

See the different ?

Entri kali ni aku bukan nak belagak baik untuk tegur orang tapi cuma nak berkongsi rasa dan cerita. Juga mungkin pengalaman. Ramai orang yang aku kenal dulu bertudung tapi sekarang tudung entah kemana cuma tinggal rambut yang menggerbang sahaja. Sedih tengok orang yang macamtu. Lebih lebih lagi bila kawan sendiri. Dalam hati bercakap "macam mana aku nak tegur dia ni?" Sumpah aku lemah. Aku tak mampu nak tegur kawan sendiri.

Kadang kadang aku terfikir mana silap nya sampai dorang boleh bukak tudung. Parents? Setakat yang aku lihat alhamdulillah golongan orang yang baik baik dan emak pon bertudung malah ada yang berstokin. Sekolah ? Pergi sekolah elok je bertudung. Kemas lagi . Tudung pon tegang 24 jam tak herot sikit pon. Pandai jaga penampilan. Bagi aku mungkin ni pengaruh rakan sebaya. Eceh, ayat aku dah macam karangan BM pulak. Zaman sekarang orang lagi dengar cakap kawan dari parents. Aku pon macam tu jugak. Sampai kadang kadang rasa macam family terkebelakang sebab sibuk dengan kawan kawan. Itu tak sepatutnya berlaku. Wuuuu :'(

Dulu waktu sekolah rendah elok je masing masing dengan tudung. Comel comel je dulu. Ada yang dengan hand sock lagi. Tapi sekarang orang yang pakai hand sock tu la dah terbang tudung nya. Sedih tengok kawan yang macamtu. Sedikit cerita realiti dari aku. Dulu aku pernah cakap dalam hati aku "aku tak kan pakai hand sock sampai bila bila." Aku jugak pernah merendah rendah kan orang yang pakai hand sock ni. Aku kutuk orang yang pakai hand sock ni dalam hati "bajet alim, puihh la" Sumpah. Aku jahil dulu. Sekarang baru aku nak perasan semua ni. Bodohnya aku dulu. Mungkin sekarang aku pon belum tutup aurat dengan sempurna tapi aku mencuba. InsyaAllah. Doakan aku.

Kawan aku sendiri keluar pakai tudung bawal 60 inci dengan baju kurung. Tak pernah keluar rumah dengan seluar. Aku terkejut gila ni and macam tak percaya. Like seriously ? Tapi memang betul pon dia tak pernah pakai seluar keluar rumah. Ada sorang kakak senior aku ni, dulu pakai tudung biasa biasa je. Lepastu dia suka buat duckface. Hahaha. Mengutuk pulak aku ni. Sekarang dia fully closed la aku cakap. Tudung labuh siap purdah. Aku kagum gila dengan kakak tu. Orang boleh berubah kan? Aku pon tak nak bash orang sebab diri aku sendiri belum cukup baik. Contoh yang baik baik semua dah dekat. Tinggal diri kita sendiri je nak berubah ke tak. Banyak banyak kan muhasabah diri. Check diri balik.




No comments: