Friday, November 23, 2012

Suami Aku Ustaz.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Hari ini cuti sekolah yang ke berapa pon aku tak tahu. Kadang tu hari dengan tarikh pon aku tak tahu. Hari tu kira tahu jugak la part tarikh memang aku tak ingat langsung. Maklom la kan cuti sekolah mana ada orang nak tulis dekat whiteboard macam dekat sekolah. Cuti sekolah dengan rutin yang sama dan tak berubah. Aku dilanda bosan tahap gaban. Sebab bosan jugak la aku telah menghabiskan duit aku untuk sebuah novel. Nak share sikit pasal novel yang aku baca ni. Tajuknya Suami Aku Ustaz.


Bagi aku ini la kali pertama aku baca novel cinta yang berunsurkan islamik dan tak bosan. Tak bosan okay. Tak rugi pon kalau baca. Banyak sangat input dan pengajaran yang boleh kita ambil jadikan iktibar. Banyak cerita cerita tentang sejarah islam. Novel ini bagus. Aku respect dekat penulis dia ni. Pandai buat jalan cerita yang menarik.  

Novel ini menceritakan Nur Alisa seorang pelajar tingkatan lima yang nakal tak berapa nak nakal sangat. Suka melepak di tambak pada waktu malam bersama kawannya Joe dan Pa'an. Mak dan ayahnya akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji dan kerana terlalu merisaukannya Alisa dipaksa berkahwin dengan abang sepupunya sendiri Abang Hafiz dan juga merupakan seorang ustaz di sekolahnya. Budak baru form five kan siapa yang nak kahwin awal awal muda ni kan. Mula mula memang dia membantah tapi mak ayahnya terlalu mendesak dan akhirnya dia terima je. 

Dorang kahwin ni sangat la berahsia hanya saudara terdekat je yang tahu dan Alisa ni tak nak declare pon pasal marriage ni. Sebulan lebih duduk serumah dan sebilik dengan Abang Hafiz membuatkan Lisa bahagia walaupon tiada mak ayah di sisi. Hampir setiap hari juga Abang Hafiz yang akan menyiapkan makanan untuk mereka berdua. Lisa sangat la malas untuk ke dapur. Dekat sekolah Abang Hafiz suka kenakan si Lisa ni waktu pelajaran Pendidikan Agama Islam. Sampai merah merah muka Lisa tu.

Sepanjang perkahwinan dorang ni aku rasa bahagia je. Konflik tak banyak sangat tapi masa Lisa dekat universiti hati Lisa terusik dengan seorang lelaki yang namanya Naim, abang kepada Sarah roommate si Lisa ni. Tapi dia tetap ingat kan dirinya yang dia sudah berkahwin. Ada ujian yang menimpanya sewaktu dia di universiti. Dia mengalami keguguran. Sedihnya apabila dia sendiri tidak tahu yang dia sedang mengandung. Tuptup je gugur. Kesian gila kot. 

Aku malas nak cerita banyak banyak pasal novel ni. Yang penting cerita ni best. Abang Hafiz merubah hidup Lisa dari seorang budak yang gila gila menjadi seorang  isteri yang dia dapat banggakan. Cerita ni sweet jugak sebenarnya. Tak menyesal baca novel ni. Aku syorkan kepada kaki kaki novel yang suka sangat baca novel tu beli la novel ni sebijik. Ada input yang berguna dan sekaligus dapat menambahkan pengetahuan tentang sejarah islam serba sedikit. 

Aku baca novel ni dalam masa enam jam je kot. Tengok, betapa excited-nya aku nak menghabiskan novel ni. Novel yang mengandungi 583 muka surat ni sangat berguna. Cuba baca. 



No comments: