Wednesday, November 21, 2012

Wedding Awon-CikZu

Assalamualaikum w.b.t (",)

Entri kali ini aku nak bercerita pasal wedding Awon dengan Cik Zu. Mungkin entri ni gambar cecah ke lantai. Kalau ada rasa nak bercerita aku cerita la. Aku nak story wedding yang dekat belah Sabak je. Kalau nak cerita yang belah Muar tu aku rasa macam dah basi sangat. So, aku malas. Biarkan gambar menceritakan segala galanya. Ececeh.

Nama sang pengantin.

Persiapan sebelum hari esok. Cucuk bunga manggar ni pon kecoh.

Aku dengan Cik Anas. Aku pakai baju form tu rasa macam besar gedahak la pulokk -.-'

Hari kejadian. Tema pink dan kelabu.

Cik Ila dengan Ayie.

Yang separuh tu Cik Afiq. Dia suka kacau aku. Suka cari gaduh dengan aku. Sibuk ejek hidung kembang. Dia punya myvi merah tu aku gelar unta mut mut. Lantak la  situ.

Gambaran penuh. Ni masa dekat Muar haritu.

Aku dengan Cik Piah. Aku rasa macam matured sangat pulak gambar ni.

Me wih Aman. We're in pink okay.

 
Sang pengantin sangat sempoi. Baju bukan yang jenis labuci dari hujung bahu hingga hujung kaki. Awon pakai baju melayu raya je. Cik Zu pulak pakai baju kurung moden je kot. Sempoi gila. Awon kata nak sempoi je. Dia semua benda tak nak. Last last kitorang bagi surprise je kat dorang.

Surprise yang pertama kompang. Awon kata dia tak nak kompang. Tapi Cik Piah nak buat jugak. Agak tak berapa nak surprise pon sebenarnya. 

Ni surprise yang gila surprise. Geng bikers ni memang bikin gempak habis la. Ni kawan kawan Paklang. Paklang punya surprise sangat la sepraisss. Masa bikers ni sampai semua terkejut gila la. Takde siapa yang tahu kot. Diam diam je Paklang ni bawak geng. Nama geng ni Gagak Hitam tak silap aku. 

Aku dengan Awon. CikZu kata tudung aku pelik. Heh, kesah pulak aku -.-' Hahaha

Lepas kenduri. Kerjakan pengantin woii. Baling tepung baling tepung.


Ni budak rambut kembang. Dia suka menjerit sekarang ni. Stress aku dibuatnya. Tengok la rambut dia masa  ikat tu. Dah rupa apa je -.-'

Ni adik rambut kembang. His name is Aman. Yang ni kuat menangis. Stress aku dibuatnya.

Ini doorgift. Isinya marble cake. 

Ini dia marble cakenya. Kami sedia menerima tempahan. Boleh call Sofea - 019-3573998.

Rasanya entri macam belum cecah ke lantai tapi aku dah malas nak upload gambar. Gambar sikit je yang aku cilok kat facebook tu. Majlis agak simple tapi meriah. Aku sebagai orang kuat kenduri *ececeh tetiba terasa sangat la penat pada hari kejadian. Malam tu aku bantai tidur mati sampai subuh gajah. Agak la tak sopan. 

P/s : Aku rasa ni macam first time je aku pakai baju pink. Awkward je rasa =.='


















No comments: