Friday, December 21, 2012

Hanya Cerita.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Kakak aku keluar result *Nah blackberry*
Aku keluar result *krikk  krikk*

Keinginan untuk menyentuh S3 tercapai. Dah ada pon dekat rumah tapi sayang aku tak mampu milik. Ciss betul. Tak apa tak apa. Mungkin Samsung Galaxy Camera bakal milikku. Just pray. Hahaha.

Abah aku kata nak jalan jalan tahun depan nak pergi Mesir. Cerita dekat aku macam nak ajak aku padahal tak nak ajak pon. Ciss lagi sekali. Kebelakangan ni aku rasa abah aku banyak troll aku. Apahal entah. Mungkin sebab pergi Singapore haritu tak belikan dia souvenirs. Mungkin la kot. Abah nak pergi Mesir nak date dengan Mama sebenarnya sebab tu la tak nak bawak aku. Aku tahu dah tu. Okay abah. Pergilah. *muka konon gembira tak dapat ikut*

Just to make one entry to released boredom. I'm getting too bored and like to commit suicide. Oh Anis. Dosa tu. Okay maaf. Bergurau. Lately ni aku duduk rumah macam tak ada arah tuju je. Sedih betul. Nak keluar mak aku tak kasi. Sungguh aku rasa macam lifeless gila. Nak pergi tengok wayang je kot banyak bunyi keluar. Ahhh stresss -.-' Cuti kali ni boleh kira la aku jumpa kawan berapa kali. Boleh kira la aku turun mall berapa kali. Sedih tahu. Nak pergi rumah pakcik sendiri pon mak aku macam tak kasi. Sometimes, I think mama too paranoid. Kongkong aku tak sudah sudah tapi aku ni kan degil plus nakal. Keluar tetap keluar. Baru rock. Hahaha.

Tapi makcik aku kata mama aku ni bagus sebab care pasal anak anak dia. Yess. I admit that. But, we're teenagers okay. Rasa nak berfoya foya tu ada. Rasa nak memberontak lagi la ada. Hahaha.

Nak naik sekolah ni lagi la gila. Aku tak beli apa pon lagi. Setakat stationery tak payah beli pon tak apa. Berlambak lagi. Baju sekolah and kain sekolah tak ada lagi tahu tak. Kasut ? Jauh sekali. Nan hadooo. Mama suruh pakai kakak punya atau pakai yang lama. Ini yang membuatkan beta murka. Argghhh. Aku bukan nak demand tapi tengokla baju putih yang aku ada masa aku form1. Dah rupa baju kurung kedah tak tahu tak. Senteng okay. Tak kan nak pakai kot. Kain kakak aku ?  Serius aku cakap. Aku tak suka pakai kain orang. Tak selesa. Bukan ukuran aku nanti mesti aku rasa rimas. Setakat kasut tu aku rasa boleh pakai lagi tahun lepas punya. Tak kisah pon. Kasut je pon. Watlek dah.

Pasal sekolah. Hmm. Ni yang buat aku rasa tak nak sekolah tahun depan. Serabut. Nak pindah tapi tak tahu nak pindah mana. Mama suruh pindah. Orang sekeliling suruh pindah. Ikutkan hati nak je duduk Sam1 tu. Pergi sekolah naik basikal je. Tenang je kan. Tapi jauh di sudut hati aku nak pindah. Serius.

Esok nak holiday lagi. Langkawi Island here I come. Masuk kali ni kali ketiga pergi sana. *muka teruja yang tahap dah basi*




No comments: