Thursday, December 13, 2012

Holiday #2 - Night Safari Zoo.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Entri kali ini masih lagi tentang percutian. Entri bersiri agaknya. Menaip entri sambil dengar lagu Alyah-Kisah Hati. Lama dah tak dengar lagu ni. Syahdu woii. Short intro je kali ini. Kita terus dengan gambar ya.

Entrance Night Safari. Sebelum masuk untuk beramah mesra dengan binatang binatang maka wajib la rasanya untuk bergambar dahulu ya.

Natang apa entah ni. Berlampu gila natang ni. Meriah betul.

Need caption? Maybe no.

Pengantin basi atas zebra. Sakit zebra tu nak menampung. Hahaha.

Ni dalam gua yang ada kelawar tu aku rasa.

Aaqil during the show.

Dalam night safari ni ada show. Show pasal binatang binatang la. Masa tu aku tak ada mood dengan laparnya memang spoil habis tapi bila layan show ni terus ada mood. Show ni best gila. Lakar lakar gitu. Orang yang handle show tu aku rasa perempuan tapi dress macam lelaki. Konon stylo ah tapi serius best show tu. Kelakar. Macam macam lawak ada. Ada lawak ular la. Ada binatang apa entah tapi namanya Felix dia boleh recycle mengikut tong dan bahannya. Sangat clever la itu Felix. Macam macam yang ada dekat show tu. Totally awesome.

Gambar ni masa dah nak balik. Muka dah oily habis. Jangan tanya kenapa la. Satu hari tak cuci muka woi. 

Nigh Safari Singapore memang best. Rugi kalau pergi Singapore tapi tak jengah ke sini. Zoo dekat sini berbeza gila dengan zoo yang ada kat Malaysia. Masa dah masuk dalam kawasan zoo semua orang kena naik tram yang ala ala gerabak tu. Untuk yang jalan kaki ada sikit sikit je. Yang best nya dekat sini haiwan haiwan nya tak ada pagar. Direct gila tak ada pagar. Ada seekor binatang ni apa eh namanya tapi ala ala kambing sikit ke apa. Sejengkal je dengan tram kitorang. Rapat gila tapi tak akan terlepas la aku rasa. Ada sense kot. Kalau masuk zoo aku suka tengok gajah. I love elephant so much <3 Masa lalu depan gajah ada gajah yang tengah shishi bahasa kasarnya kencing. Semedang je pancut. 

Entri kali ini tak banyak atas alasan macam biasa la tak boleh nak upload kan. Ini pon aku cilok dari facebook makcik aku. Aku pon malas nak upload banyak banyak kang buat semak news feed orang je. Cukup la status status aku yang semak itu pon dah ada orang nak menyampah. 

Night Safari best. Harga tiket 35 SGD tak silap aku. Jalan sini berbaloi gila dengan harga tiket tu. Dengan show nya lagi. Totally best and awesome okay. Entri takat ini sahaja. Sekian. 




No comments: