Thursday, December 13, 2012

Holiday #2 - Universal Studio Singapore

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Aku dah ada kerajinan sikit nak update entri baru. Entri kali ini sudah semestinya pasal holiday. Tak ada maknanya aku nak bercerita pasal resepi ayam golek. Mungkin gambar yang banyak atau sebaliknya. Bergantung kepada apa yang bakal berlaku sepanjang aku menaip entri ini. So here the stories.

Perjalanan bermula dari Sabak Bernam ke Shah Alam. Dari Shah Alam terus shoot sampai Muar. Dari Muar straight pergi Johor Bahru. Banyak betul persinggahan. Maklom la nak kutip orang. Dah sampai JB ambil bas untuk ke Singapore.

Naik bas untuk ke USS. 

Rugi rasanya kalau pergi USS tapi tak tangkap gambar kat sini. 

Memang gila bergambar. Tak dapat nak buat apa la kan.

Entering USS. Masuk USS ticket dia had had yang kecik je. Tak ada susah susah pakai gelang tangan. Yang aku peliknya kat sini kaunter masuk tu ada banyak gila tapi bukak nya satu ke dua entah hari tu. Nasib baik la masuk tu sekejap je sebab dia scan ticket je.


Meet the sesame street please. Banyak kartun yang ada kat USS ni. Macam macam ada. Semua stok stok comel belaka ah. Yang bagusnya dekat USS ni nak tangkap gambar dengan kartun kartun ni semua kena que. Bagus kan. Agak agak kau main bakar line je memang orang pandang sleck. Malu ah.

Benda pertama yang kitorang masuk dekat USS adalah yang macam disebalik tabir tu. Apa jadah entah namanya. Memang best gila. Ada kapal la. Kilat guruh semua ada. Ada api. Terbaik ah aku kata.

Waiting for the show.


Seterusnya kitorang meneruskan lagi perjalanan dengan memasuki Transformers zone. Kau datang USS tapi tak masuk sini memang double triple rugi. Benda ni best gila kot. Duduk dalam satu car yang boleh duduk seramai 12 orang. Car dia yang macam ala ala dekat Petrosains tu. Nanti ada bagi 3D punya cermin mata. Dalam car tu kita macam main dengan Transformers. Adventure gila la aku cakap. Tottaly memang best. Yang sakitnya part menunggu tu. Aku tunggu natang ni adalah dekat 1 jam setengah. Sakit otak woi.

Masa tengah beratur. Lenguh kaki mak tau. Sempat gak la refill air banyak kali.

The pillars. Siapa tengok transformers mesti tahu natang apa ni.

Sebelum masuk car tu. Apahal budak dua orang ni buat muka serius. Cis betul -,-

Keluar je dari transformers zone terus pergi dekat roller coaster yang gila gila tu. Mak oiii. Ada dua roller coaster Human and Cylon. Human warna merah and Cylon blue in colour. Bagi aku Cylon la paling gila. Cylon ni macam gantung kita. Kaki tergantung je. Aku naik Cylon ni aku ambil seats paling hujung. Nak rasa adventure sangat la konon  kan. Sekali nak pusing memang kau rasa nak terpelanting. Aku cuak gila masa nak corner tu. Mengucap dah masa tu. Tapi lepas tu memang jerit je la. Naik Human biasa biasa je. Cuak masa part nak turun yang mula mula tu. Curam gila ah. Tegang perut aku. Masa naik Human aku ambil seats tengah tengah. Nak rasa aman sikit ah konon. Turun je dari Human and Cylon ni kepala aku pening gilosss ah. Dengan rasa nak muntahnya lagi. Memang first time la rasa macam ni. 

Entrance Human di waktu malam. Siang punya tak sempat tangkap.


Lepas main roller coaster semua lapar tahap kebulur. Makan la dekat entrance Egypt house ke apa entah namanya yang dalamnya ada mumia tu. Dah la semua stok stok kebulur makcik pakcik aku semua ni tak ada Singapore Dollar. Gila ah dorang ni. Travel tapi tak tukar duit. Nasib baik aku dengan kakak aku dah tukar duit. Terima kasih buat mama tersayang sebab dia yang dah tukarkan. Untung kerja bank. Hahaha. Aku rasa memang rugi gila sebab tak masuk Egypt house ni. Kitorang ye ye la menunggu orang sekali orang tu dah jalan jalan dulu. Cis betul. Pakcik aku yang dah masuk situ dia kata best gila. Bak kata Haiqell roller coaster tahap nak arwah. Memang gila dan best.

From left : Cik Zu. Cik Piah. Cik Syuk a.k.a Cik Sup. Cik Anas. Aku in red. Hohoho

Keluar je dari Jurassic Park ada natang ni. Meh la beramah mesra. Memang mesra gila natang ni.

Banyak lagi gambar ni. Meh lerr kita pendekkan.


Entrance far far  away. Masuk sini gila best ah aku cakap. Macam zaman zaman kartun gitu. Aku masuk show Shrek. Gila best ah. Tengok shrek 3D. Duduk atas kerusi yang gila selesa dan bergerak. Kalau Shrek naik kuda kita yang atas kerusi ni pon rasa bergerak macam atas kuda jugak. Ada air pancut ke muka lagi. Pakej bersama.

Witch dalam cerita Shrek. Witch ni cantik sangat sangat. Kulit putih melepak. Lepastu sibuk tanya "Is my hair looking good?" Garang pon ye jugak nenek ni. 

Serius aku cakap. Aku dah malas.


Aku rasa gambar ni akan jadi cantik tanpa budak kecik tu. Sibuk je interframe. Punca gambar ni adalah sebab Cik Sup ni la. Dia yang mula mula nyorok belakang dedaun tu. Aku pon follow la. Masuk celah celah daun tu aku sampai nak jatuh. Sebab tu tutup mulut. Tahan gelak sebab dah jatuh.

Entri ini akan bersambung kalau aku rajin nak update. Kalau tak rajin maka tergantung la ya. 




















No comments: