Thursday, December 27, 2012

Holiday #3 - Pulau Langkawi.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Hello ebelibadi. A new entry again and its about holiday yeay yeay yeay. Haritu aku kata excited tahap nak basi dah kan tapi tak. Dah sampai jeti Kuala Perlis aku meroyan tahap orang batak nak ambil gambar. Duduk tepi laut dengan tudung terbang terbang kelasssss kauuu jemahhh. Sangat cool dan heaven tau. So lets the picture crawling here. Hehehehe.

Meet my only one adik, Ariff. Nampak tak serabut sangat rambut dia tu ? Tu menunjukkan bahawasanya angin sangat kuat pada pagi kejadian.

Tudung yang tak betul dengan dua jari keatas. Angin kuat okay. Sila faham.


Abah aku dengan gaya apakeentah la.

This is me. Bila datang mood gila. Meroyan la gambar. Banyar lagi gambar pelik pelik yang aku buat tapi malu lerr nak nunjuk kat kome.

Ini gaya apa ? Aku sendiri tak tahu. Hanya mampu berserah je kot.

Kakak aku senyum bajet amoi amoi je. Konon mata sepet. Adik aku gak cool tak pandang camera. Eh ?

Gambar ni cantik kan? Memasing ngaku dia yang snap dia yang snap. Aku pon ngaku ni gambar aku sebab aku ada gak snap gambar cenggini tapi setelah dikaji semula ini bukan nukilan ku. Ini gambar adik aku si Syafiq. Nampak ada sinar kejujuran sewaktu dia berkata "Aku yang ambil gambar ni la" *senyum sambil buat muka poyo*

Syafiq. Ariff. Mama.

Gambar di atas ni semua masa kat masjid Jeti Kuala Perlis. Sampai pukul 8 pagi. Feri bertolak pukul 11.30 pagi. Betapa lamanya kitorang menapak dekat masjid tu. Nasib baik best. Ada angin kuat kuat. Serius best la dekat masjid ni. Rasa macam dunia ini ana yang empunya. Hohoho. Angin tak nak kalah. Tudung terbang tahap burung burung layang yang melupakan tempat tinggalnya. Eh ? Masa kat jeti tu gila ramai umat manusia. Crowded tahap semut menghurung gula gula. Dengan bagasi yang bersepah sepah dan bermacam macam lagi. Serius ramai orang. Siapa yang jenis tak suka crowded crowded ni aku nasihatkan naik lah flight untuk ke Langkawi, nescaya anda akan tenang dan selesa. 

End about Jeti Kuala Perlis.
Teruskan ke Langkawi.

Ni dekat lobby Bayview Hotel, Langkawi. Muka dah berminyak tahap boleh goreng telur kot. Satu hari weh. Dah nak pukul 3 baru dapat naik bilik. Dapat tiga bilik dekat hotel ni. Abah dengan mama satu bilik. Adik adik yang nakal gila satu bilik. Aku dengan kakak aku satu bilik. Abang abang tak ikut. Lantak situ. Aku dengan kakak aku berdua je dalam bilik tu. Boleh imagine kan betapa bahagianya bila tiada yang mengganggu tapi ada jugak yang mengganggu. Cisssss! Bila bilik dekat dekat ni yang lain sibuk tekan bell nak masuk kacau kacau. Kejap je. Ni aku boleh tahan. Part asyik nak menelefon je tu yang aku sakit hati. Malas betul aku nak angkat. Ada sekali tu adik aku buat lawak entah apa apa. Macam ni ceritanya,

*telefon berbunyi*
*aku angkat dalam toilet sebab masa tu aku tengah kemas beg depan toilet*

Syahmi : Hello.
Aku : Hello.
Syahmi : Tak dengar la. Helllooooo *jerit*
Aku : Aku guna telefon toilet la.
Syahmi : Heloooo. Selamat malam dan selamat beramal.
Aku : *buat muka tak faham* Weh gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Stress aku dengan adik adik aku ni. Nak aje aku kaki sensorang/

Gambar bilik ada dalam henfon la. Malas betul nak upload. Tak payah la. Kita teruskan gambar ke malam dinner terus eh.

Dinner yang wajib ada tiap tahun.

This is me. Gambar agak shaking. So sad :( Aku pakai shasmeen uyyun dari radiusite yang warna putih tu. Baju raya tahun ni yang warna blue blue soft tu. Izyan kata dah lawa dah make up tu. Aku cuma memakai bedak silkygirl je dan sedikit lipgloss. Okay. Persoalannya sekarang, apahal aku cerita semua ni? Ah, lantak. Biarkan.

Kalau dinner ni mana boleh makan se-round je. Aku bantai enam ke lapan kali round. Baru puas. Wajib rasa semua benda yang ada okay.

Ballroom.

Ini Najihah si mangkuk ayun. Bawak baju pink tapi tertinggal shawl yang sepatutnya. Dia pakai pashmina aku. Tu pon aku yang pakaikan walaupon agak tak berapa ikhlas. Bukan tak ikhlas, masa tu aku pon tak siap lagi. Kelam kabut tahu.

Ini Indah. Anak kawan abah. Parents dia Indonesian tapi dah jadi Malaysian dah aku rasa. Budak kecik ni lawa kemain. Ummi dia bercerita kat aku,

Ummi dia : Indah ni kalau ke pasar jumpa tudung tudung mesti cakap "eh ummi, ini tudung kakak anis la"
Aku : *bantai gelak* wkwkwkwkwkwkw
Ummi dia : Anis kan pakai tudung yang lilit tu, dia pon cakap tudung kakak anis.
Aku : *budak ni lawakkkkkkkk*



Me with Ieka. Budak ni pon anak kawan ayah aku. Bilik dia sebelah bilik aku. Ada satu malam tu dia lepak bilik aku nak ajak main lego. Sorry dik, ahkak kau ni dah tak main lego. Aku bagi fon suruh main subway je. Hahaha. 

Bersama Cik Ida mak si Ieka. Adik dia yang baju merah Akif yang cengeng dan Awatif yang berdukung itu. Nampak macam aku paling tinggi kan? Hahaha. 160 cm je Anis oii. Tak tinggi mana. Okay fine. *monolog dalaman*

Done about dinner. Telematch time. Sukaneka bosan. Adik adik betul rasanya masa main ni semua.

Makcik makcik ni semua isteri orang.

Ieka dan adiknya, Akif. Akif ni kacak kot.

Budak budak rebut coklat. Coklat semua sesedap.

Abah aku main bowling okay. Kelasss.






Ini Kakak aku. Gambar dia ni aku yang snap. Tak cantik. Tahu dah. Masih belajar.



That's me. Bila dah meroyan begini lah caranya. Jangan di anggap muka sebegini tidak waras ye. 


Ini selipar aku. Selipar ni abang aku yang Ewan tu dah pakai, Syahir pon dah pakai. Bapak aku pon dah pakai. Boleh imagine tahap ke-kembangan selipar itu bagaimana. Dah tak sedap selipar ni. Nak beli baru tapi tak haus lagi. Takpe takpe. Rilek lu. Tahun depan baru aku ganti lain.




Sewaktu di Kota Mahsuri. Tak masuk pon. Lepak luar je sebab dulu dulu dah masuk. Sunglasses abang aku  ni dah lama rasanya. Aku nak beli sunglasses baru. Agak agak nak sedap aku nak rayban. Hohoho. 



Let's continue our story. Eagle Square.

Adik aku Syahmi. The most nakal boy.

Aku yang snap gambar ni. Aku nak jadi photographer? Gambar ni pon kelauttttt.




Lepak kat Eagle Square ni petang petang, serius best. Angin tak nak kalah. Kalau pakai kain mahu terbang tu. 

Jom balik. Hai Sabak Bernam.

Percutian 3 hari 2 malam di Langkawi dan bermalam malam di atas jalan. Sangat cool and really exhausted. Overally still enjoy. Lepas turun feri terus shoot pergi Padang Besar. Pergi sana semata mata jersey okay. Aku rembat dua jersey. Yang lain satu je. Adik aku kata aku kuat bodek. Sukahati la. Satu jersey Malaysia yang baru tu. Satu lagi jersey ManU yang baru jugak. Woaaahhhhh! Persoalannya, sejak bila aku minat Menyu ni? Jawapannya, sejak aku kenal dia. Hahahaha. Dia yang buat aku tengok game Menyu malam tadi. Menyu menang. Van Persie dengan Chicharito tu kacak. Aku baru perasan. Dannnnnnnn, first time aku puji footballer kacak. Cam caya tak caya je. 

Tamat lah sudah holiday tahun ini. Banyak sebenarnya holiday yang aku pergi, tapi yang aku buat entri cuma Morib, Singapore dengan Langkawi ni je. Malas nak update bebanyak. Letih. Thanks abah and mama sebab support and bawak kitorang jalan. Sangat sangat berterima kasih sebab sponspor our trip(aku and kakak) masa ke Singapore haritu. Wkwkwkwk. So now, ready for school. Petang ni baru nak beli baju sekolah. Cool kan. Relax dah.

Have a best moments with 2012 so much. 
































1 comment:

rain90 said...

NAK DUIT SEGERA??
NAK DUIT LEBIH??

KUNJUNGI LAMAN WEB KAMI!

http://www.rm20segera.com/?r=rain90

PASTI TAK MENYESAL!!