Sunday, January 20, 2013

Bajet busy.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Minggu ni aku rasa minggu sekolah aku yang semakin busy. Baru starting kot tapi aku dah membajet busy. Kecoh je aku ni. Aku ni 25/7 busy okay *usap dagu*

Bila dah start training netball bagai ni dengan koko nya. Padahal latihan merentas desa je kot. Aku macam rasa penat gila sikit. Mana tak nya lepas balik sekolah dalam pukul 3 petang tu aku terus balik rumah tukar baju sukan pulak. Aku balik tak ada la sharp pukul 3 mesti ada lambat jugak la. Nanti pukul 3 setengah lebih sikit aku kena keluar rumah balik. Pergi sekolah balik. Terkocoh kecoh tu mesti la ada. Kelam kabutnya lagi. Biasanya memang tak sempat makan. Memang tak sempat. Mohon kesian kan aku *poor face*

Balik training semua dah nak dekat pukul 6. Training lebih banyak bergosip dari training sebetul betul nya. Hehehe. Lepas balik keringkan peluh kejap lepastu terus mandi. Dah mandi lepak depan tv kejap layan Setia Hujung Nyawa. Oh Amar Asyraf! Adore gila dekat dia. Lepastu sembahyang maghrib. Lepas sembahyang maghrib mesti aku tidur punya la. Penat weh. Aku mesti landing punya la atas katil. Landing atas katil tu wajib. Dalam pukul 10 ke pukul 11 baru aku bangun. Masa tu la baru nak buat homework ke sembahyang isyak ke iron baju ke. Masa tu la. Kang dah sibuk sibuk buat semua tu tuptup dah pukul 12 setengah malam. Dah tengah malam tak kan nak makan kot. Selera pon tak ada.

Serius aku kata aku tak jaga makan aku. Yang betul betul aku makan bila sarapan dengan rehat kat sekolah. Kat sekolah pon kadang kadang malas nak turun kantin. Sebab tu la aku selalu mengadu lapar dekat Keding. Lastnya dia bebel bebel bising bising dan aku malas nak dengar. Dia punya bising kalah mak aku. Menyampah betei.

Minggu ni kan rasa macam penat sangat. Penat la sangat *tangan di bahu* Bajet macam aku tak macam ni pulak tahun tahun lepas. Padahal dah biasa kot. Bila rasa penat sangat ni aku macam dah ada simptom simptom nak kena demam. Badan panas dalam dahi panas sikit. Selagi aku boleh keluar peluh selagi tu la peluh aku keluar. Aku tak nak demam. Bila aku demam seksa woi. Batuk pon dah terseksa jiwa raga lagi la demam. Minta dijauhkan. Aku jarang demam kot. Rasanya macam dah dua tahun tak demam. Batuk tu selalu. Aku kalau batuk memang teruk gila sampai halkum pon ikut menari *bajet ada halkum* Gatal gila tekak ni. Rasa macam nak cabut je anak tekak. Biasanya jugak aku batuk masa tidur. Memang terbangun weh. Perit jangan cerita. Berair air mata bila batuk. Berpeluh peluh lagi siap pakej. Sangat seksa bila batuk.

P/s : Addmath is killing me.

Gua suka Addmath *jerit kuat kuat* *sarcasm*

Ini selingan. Ok bye.

No comments: