Tuesday, January 1, 2013

Bye 2012. Hye 2013.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

1 Januari 2013. Alhamdulillah. Dah masuk tahun baru dan aku masih lagi bernafas. Bersyukur.

Esok 2 Januari 2013. Sekolah. Cuti dah habis. Cepatnya masa berlalu kan. Hidup dalam tahun 2012 banyak pengalaman dan pengajaran. Sungguh berharga. Rasa nak repeat tahun tu. Mustahil sekali kan. Tahun 2012 mengajar aku untuk hidup atas kaki sendiri walaupon hakikatnya aku memang agak mengada ngada dirumah dan malas tahap gajah yang tak reti nak cari makan. Masih ingat lagi rasanya pengalaman kenangan gurauan dan lain lain lagi dalam 2012.

Tahun 2012 mengajar aku untuk menjadi seorang pelajar yang betul betul belajar. Tahun tu jugak mengajar aku untuk hidup tanpa orang lain. Maksud aku disini belajar sensorang. Serius. Walaupon hakikatnya aku duduk dalam rumah seramai lima orang tapi dunia aku cuma di bilik. Bilik tu gua aku. Bilik tu study room aku. Bilik tu tempat aku ternak air liur dan tahi mata(sungguh tak senonoh). Tapi itulah realitinya. Masa aku banyak habis dalam bilik.

Tahun 2012 membuatkan aku kenal dengan lebih ramai lagi orang. Sebagai contoh Nazira Isa yang aku tetiba rapat untuk tahun tu. Padahal dulu dia senior aku. Tak pernah tegur kot. Sekarang kemain kepoci dekat twitter tu. Tak lupa si Keding a.k.a Taufik Alauddin. Budak ni senior aku jugak dekat Sam1 tu tapi kenal masa dia dah form6. Masa dia form5 sungguh aku tak berkenan pon nak kenal dengan dia ni. Muka budak budak tak matang je aku tengok. Hahaha. Keding ni suka ejek aku pooh walaupon hakikatnya pooh tak ada kene mengena dengan hidup aku. Benci kau Keding *nak baling selipar dah ni* Tapi budak ni tak ada la teruk sangat. Okay je. Lepak kedai burger dengan aku pon okay. Lepak makan roti canai dengan aku pon. Masalahnya satu je dia ni kedekut tahap atok nenek moyang Haji Bakhil. Dengan aku asyik nak berkira je. Tak nak mengalah langsung. Aku ni jugak la yang baik hati selalu belanja dia. Woi Ding, kau hutang aku roti canai double okay. Tolong jangan lupa! *amaran keras*

Ada lagi manusia manusia yang aku kenal dalam tahun 2012 ni. Ramai sangat kawan baru. Yang tak pernah kenal jadi kenal. Yang dah kenal semakin kenal. Yang satu sekolah siap satu batch lagi since form1 tapi baru kenal masa form3 pon ada. Ni memang kelakar. Nama je satu batch, satu floor, satu bangunan sejak tiga tahun tapi baru kenal beberapa bulan yang lalu. Heh, lakar lakar je la. Nampaknya aku masih belum habis lagi bertaaruf dengan rakan sebaya.

Bagi aku 2012 banyak sangat ceritanya. Banyak sangat kem motivasi(aku tak rasa pon aku dah di motivasi). Banyak sangat program program PMR. Banyak sangat seminar PMR. Sungguh banyak sangat. Semua dah jadi satu kenangan dan pengalaman dan juga pengajaran serta pembelajaran. Eh ? Semua tu seronok. Enjoy gila. Rasa macam baru semalam je jejak kelas 3Ibnu Khaldun je. Macam tak boleh lupa je masa orientasi haritu. Kalau aku ingat mesti aku gelak sendiri. Hahaha. Malas nak cerita buat dosa je. Tak pon nanti kantoi la rahsia besar aku.

2012 teach me how to be someone who really really tough and daring. 2012 have too many sweets sweets moments and sour sour bitter bitter moments. Eh? Akan ku simpan semua dalam hati serta jantung dan juga pankreas.

Aku sayang 2012. Harap 2013 lebih baik dan awesome. 2013 please be nice to me *kelip kelip mata*

No comments: