Sunday, January 27, 2013

Kawan la konon.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Aku ada cerita. Ingin dikongsi serba sedikit. Peribadi? Mungkin ya. Tapi tak kot. Biasa je.

Aku ada kawan. Kawan aku. Kawan biasa je. Tak lebih tak kurang. Setahun rapat sebab satu kelas. Duduk lebih kurang dekat la dengan meja aku. Kaki bahan. Aku terima. Aku bahan dia balik. Sentap pulak. Gelabah la kau. Lama lama aku dah immune dengan dia ni. Dia cakap apa pon aku terima. Sembang pum pang pum pang aku dengar. Malas nak fight. Overall kitorang memang okay je.

Dia ni stok stok suka sembang kencang. Menyampah aku dengan dia ni. Kawan kan, menyampah mana pon nak jugak lepak sesama. Aku jenis cepat percaya orang. Apa yang dia cakap pon aku percaya je la. Tapi apa yang dia cakap tu mostly nya betul. Tak semua member aku yang lain tu berkenan dengan dia ni. Bajet baik katanya. Aku tak boleh nak cakap apa. Nak defend pon tak. Malas nak layan sebab dia okay dengan aku.

Memang kadang kadang tu dia bajet. Tapi, apa aku kisah. Aku anggap as a joke. Malas nak negative thinking sangat. Sebab apa? Sebab dia kawan aku. Itu je. Makin lama makin hari makin kerap aku dengar orang kata dia bajet. Tapi serius aku tak pernah nak benci dia. Tak pernah rasa nak left out kan dia ni. Tak pernah rasa malas la nak kawan dengan dia ni. Serius tak pernah. Orang selalu bahan bahan aku dengan dia ni pon aku diam je. Malas nak bising bising. Orang cakap itu ini. Aku balas balik "kau diam lah" *jerit*

Sometimes bila dia marah aku. Terasa woi. Sakit hati. Rasa jauh hati gila dengan dia. Tapi lama lama aku okay sendiri. Kan aku dah kata aku dah immune dengan dia ni. Pernah tak bertegur sapa. Rasa something. Sunyi. Rindu nak lepak sesama. At the end kitorang memang okay.

Tapi bila dia unmensi and maksud kan aku. Terasa. Terasa gila. Terasa sangat la woi. Sedih. Terasa hati ini di siat siat oi. Ayat tak boleh nak pedas lagi ke. Tak sangka. Kecewa. Kecewa sikit. Eh tak. Hmm. Kecewa banyak. Disebabkan aku dah immune sesangat dengan dia ni kononnya la kan aku buat rilek je. Jauh di sudut hati terasa sangat. Tapi tak apa. Aku still boleh okay dengan kau. Sebab apa? Satu je jawapan aku. Kawan. Kau kawan aku. Dunia akhirat. Tolong jangan buat aku tukar status kawan jadi lawan.

Sekian, peace.

No comments: