Wednesday, January 23, 2013

Kenapa Aku Suka Cakap?

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Kenapa Aku Suka Cakap? Entri serius ke ni? Harapnya tak. Kalau ada emo emo sikit tu harap baca dengan tenang sambil makan kokocrunch okay.

Orang kenal aku sebagai orang yang sangat kecoh kepochi dan banyak sangat mulut. Tak boleh nak diam. Memekak aje kerjanya. Nak senyap boleh. Tunggu aku moody tak pon tidur. Masa aku lapar lagi la aku meroyan memekak. Haaaa, teruknya aku. Memang pon. Orang tak suka aku sebab aku bising? Hmm, who cares? Aku tak kisah pon. This is my life. Aku buat apa yang aku suka. Thats the way of me. The true of me.

Masa sekolah rendah dulu mulut aku ni lagi kecoh la. Selalu kena sound dengan cikgu. Cikgu kata aku mulut murai. Dah kena sound banyak kali pon aku tetap macam tu. Nak buat macam mana aku memang banyak cakap. Bila senyap itu pelik dan aku sendiri tak boleh nak senyap. Tapi bila dah naik sekolah menengah atas ni aku rasa aku dah tak banyak cakap walau hakikatnya aku ni dah terlalu bising dan sangat banyak cakap. Ni bermaksud masa sekolah rendah dulu aku lagi tiga empat kali ganda kecoh kepochi nya. Miss my sekolah rendah badly :'( Miss the old friends :'( Miss the teachers and blablablabla :'( Rindu 8Thirty dengan Gigob :'( 

Masa aku form1 orang label aku seorang yang annoying. Ye lah kan. Aku ni kan bising memekak aje kerjanya. Suka jerit jerit and whatsoever. Orang yang tak suka aku masa form1 tu la dia kawan baik aku sekarang ni. Hahaha. Nampak macam kelakar kan. Tu aku cakap. Orang tak suka aku? Benci aku? Siapa kisah. Aku tak kisah pon. Aku seorang yang direct. Cakap lepas. Gurau kasar. Awal awal kenal aku mesti ada yang rasa sentap menyentap ni. Tapi bila dah lama lama dengan aku ni kena maki dengan aku pon kau orang boleh buat muka tembok.

Kenapa aku suka cakap? Aku sendiri tak tahu apa sebabnya. Mungkin sebab anak tekak aku ni jenis nak menari aje kerjanya sebab tu banyak cakap. Tapi bagi aku bila banyak cakap ni friendly kot. Ramah okay. Tak ada la sebatang kera je hidup tu. One more thing, the more we talk it can increase our confident level. Eh yeke? Tak tahu la. Ni teori aku je. Tapi jangan la jenis yang banyak cakap sembang pum pang pum pang tapi dalam kelas suruh present tamadun mesir purba terus jadi senyap. Tak jadi apa la macam tu. Ngek.

Bagi aku, lantak la dengan orang. Tak suka ke apa ke. Nak condemn ke apa ke. Aku tak kisah. Bukan kau yang bagi aku nasi untuk makan. Bapak aku jugak yang tanggung aku hari hari. So, just mind your own busssines. Dont bother the others. Nak kacau orang jugak? Hmm, mungkin kau kategori orang wadefuuuu -.-' Hahaha.

Pegang satu prinsip hidup. Sekali orang benci kita. Sepuluh kali lagi orang benci kita. Aku cuba untuk tak benci orang lepasni. Setakat yang aku benci cuma orang orang yang psycho dan gila yang mengacau life aku. All those shits make my life down. Very down.

P/s : Aku seronok dengan hidup aku. Noktah.

No comments: