Saturday, January 19, 2013

Merentas Desa.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

19 Januari 2013. Tarikh je pon bukan ada apa pon. Ada merentas desa pagi tadi (waktu aku menaip adalah senja nak ke malam). Buat penat badan je aku lari. Menangnya tak. Cis betul. Aku dah dikira leading kot tadi. Kira awal awal tu aku kat depan la. Still boleh nampak perlari pertama si Nurin tu. Tetiba rasa senak kat dada pulak. Biasanya senak kat perut belah kanan ni senak kat dada pulak. Sakit dia jangan cerita la woi. Bak tercucuk jarum sembilu. Wah, hiperbolanya. Serius sakit weh. Bayangkan la dada kot. Dekat dengan tulang tulang tu. Sakit part tengah. Aku rasa macam dah nak surrender gila je tadi tapi kang buat malu je. Kesimpulannya, dada aku sakit sangat masa lari tadi. Stress sikit. Rugi sikit. Terkilan sikit. Maknanya strulan. Ini merepek k merepek.

Serius aku kata stamina aku bukan untuk lari long distance. Kelaut la weh kalau aku lari long distance. Tak boleh perginya. Dia kata aku star. Star celah mana woi. Star celah lutut pon belum tentu la. Hahaha. Teringat dia yang jet jet star sangat tu. Menyampah betei. Tapi merentas desa harini okay sikit la berbanding latihan haritu. Lepas latihan haritu kaki aku punya urat semua tegang semacam. Nak tidur pon tak sedap. Dua hari kot baru elok balik. Tidur dengan kesakitan. Padan muka aku ): Harini kaki okay. Tak melecet tak lenguh tak kejang tak kebas semua tak. Berbaloi rasanya rembat kasut abang dengan beli stokin baru tu. Eh ada kena mengena ke? Macam tak je. Okay, abaikan.

Kasut sport yang aku pakai tu kasut sport abang aku si Syahir tu. Member member aku semua kecoh kata kaki aku besar. Sukahati aku la woi. Kaki aku ni woi. Bukan kaki kau pon woi *acah acah gangster* Kaki yang besar tak menghalang aku untuk membajet ayu di khalayak ramai okay. Hahaha. Puihh la. Kaki yang besar ini jugak la yang selalu membunuh semut. Aku pembunuh bersiri setakat ni. Kaki ni jugak la yang pijak kaki kaki yang tak bertanggungjawab memijak kasut sekolah aku. Siapa pijak kasut sekolah aku. Aku pijak kaki dia. *amaran keras*

I'm getting busy right now. Training netball dah start. Aku sebagai mak tiri di antara player player sekolah haruslah bertindak kejam dan rakus. Budak budak ni elok di buli se-kaw kaw nya. Hahaha *gelak gila jahat* Olahraga dah nak start. Cikgu belum pilih budak lagi tapi aku dengan poyo berlagak dan angkuhnya nak masuk jugak olahraga walaupon belum dipilih. Mohon cikgu tak benci aku. Eh? Banyak sangat aku merepek ni. Tadi aku cari spike. Satu kedai pon tak jumpa. Susah betei nak cari spike ni. Harap Epul sabar dengan ke-slow-an aku ni mencari spike.

P/s : Objektif utama awal awal tahun ni nak kurangkan berat badan sikit. Lemak lemak yang berkilo ni harus di-nyah-kan serta merta.

Akhir kata MAJULAH SUKAN UNTUK BEBASKAN LEMAK DI BADAN. Eh ?


No comments: