Sunday, January 13, 2013

Playgirl.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Playgirl? Hmm, it sounds interesting right. Tetiba nak buat enti pasal playgirl ni sebab teringat ada orang cakap aku ni playgirl masa aku form1. Tak ingat dah siapa yang cakap dan tak ingat sebab apa. Aku malas nak ingat tapi masih ada rasa bengang. Bengang siot bila orang cakap kita ni playgirl. Dah la aku tak couple pon tetiba orang cakap playgirl. Tak menyirap ke tu. Asbestos burritos bodosss. Haa, kan dah keluar bahasa sendiri. Marah ni. Hentak keyboard pon dah rasa lain macam ni. Hmm hmm hmm.

Playgirl mengikut definisi google translate ialah bermain gadis. Google translate ni memang tak boleh pakai. Dia bagi sepuluh patah makna sekalipon sebelas patah tak boleh pakai. Bagi aku playgirl ni dia couple dengan dua tiga or lebih dengan lelaki in a same time. Aku ulang in a same time. Dalam masa yang sama couple lebih satu tu playgirl. Bukan yang dah clash lepastu couple baru clash lagi lepastu couple baru. Bukan. Tu dia dah clash baru couple baru. Couple dengan seseorang dalam satu masa. Beza okay.

Bagi aku yang playgirl playgirl ni lantak kau lah tapi bila masa kau dah rasa apa erti kena mainkan perasaan tu. Baru kau tahu langit tinggi rendah. Jangan suka suka nak mainkan orang dan jangan bagi harapan kat orang kalau tak nak orang tu. Mendera hati dan perasaan orang je. Aku jarang dengar cerita pasal playgirl ni. Biasa dengar pon macam tu macam tu je. Sedih kot bila orang cakap kita playgirl *menyorok bawah bantal sambil nangis*

Perempuan yang ramai kawan lelaki pon dilabel playgirl? Hmm, itu gila. Gila okay. Kawan is kawan la. Just berkawan je kot. Aku benci betul bila orang mempersoalkan kenapa aku ramai kawan lelaki. Hello, they're my friends okay. Kawan dengan lelaki sangat sempoi untuk dibawak borak. Serius. Kawan dengan lelaki juga ada had nya. Jangan la kau pergi bantai cerita luar dalam diri kau. Memang menempah maut la. Lelaki ni  bukan boleh percaya sangat pon. Depan kita ye ye la gelak sama sama. Belakang kita membahan kita depan member dia. Sungguh asdfghjkl punya perangai.

Eh apsal entri aku ni macam tegang semacam je ni. Relax relax. Korang baca tenang tenang je sambil kunyah popcorn. Pagi pagi ni aku dah buat entri ni(waktu kejadian dalam pukul 9.30 pagi) untuk mengisi masa lapang sebelum mandi. Lepas ni kena baca buku sejarah tajuk tamadun Hwang Ho. Buku sejarah seronok sangat(sarkastik dan aku suka sejarah).

P/s : Aku suka Shawn Razaleigh. Eh tak tak. Aku suka baca blog Shawn Razaleigh.

No comments: