Saturday, January 26, 2013

Tough a.k.a Kuat.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Aku tak kacak. Aku tak handsome tapi sweet tu ada. LOL. Hahaha. Aku memang suka poyo poyo kan diri macam ni. Macam tak ada motif kan. Ah, lantak.

Aku tak kacak. Aku tak handsome tapi aku tough. Hai, aku Anis.

Aku suka bajet yang aku ni tough walaupon kengkadang tu aku jatuh sikit tapi nak mengadu dekat semua orang. Aku suka bajet yang aku ni tough walaupon aku ni takut jugak la nak masuk tandas sorang sorang dekat sekolah. Aku suka bajet yang aku ni tough walaupon aku ni stok stok makan pakai sendiri pon tak reti jaga. Kesimpulannya aku ni memang bajet tough.

Kenapa aku suka bajet tough a.k.a kuat?

Aku rasa biar la kita ni tak kuat tapi ada rasa yang diri tu kuat. Tak ada la rasa macam lembik je. Sumpah aku benci orang lembik. Sesikit nangis. Ciwekkk ahhh. Aku suka bajet kuat sebab aku tak nak orang pandang rendah dekat aku. Sebagai contoh nak angkat beras yang sepuluh kilo tu. Weh, aku larat la nak angkat beras tu. Memang aku larat pon. Sebahagian orang akan anggap budak perempuan angkat sayur sawi je dengan keledek yang lain lain tu tak larat. Hell-oooooo budak perempuan pon kuat okay walaupon tak sekuat lelaki.

Aku tak suka orang anggap aku lembik. Sebab aku selalu dengar orang cakap budak perempuan ni lembik. Weh, ini dah cliche sangat la. Bosan dengar. Aku bajet kuat sebab aku tak nak ada orang buli aku. Cukup la abang abang aku je yang buli aku. Orang lain tu biar aku je yang buli dorang. Aku bajet kuat sebab aku tak nak orang kacau aku. At least bila bajet kuat ni, kita berani nak fight balik dengan orang yang kacau kita tu walaupon hakikatnya dalam hati tu tengah goyang sebab nak perang.

Setakat yang aku ni bajet kuat. Aku selalu gaduh mulut je. Nak angkat tangan kaki tu semua tak pernah. Aku teringat masa form1 aku lempang budak lelaki kelas aku. Hahaha. Padan la dengan dia. Siapa yang nak sangat one by one dengan aku. Kan dah kena. Teringat betul masa form1 tu. Sekarang budak tu dah jadi kawan aku pon.

Masa aku kecik dulu, aku pernah gaduh dengan siapa entah budak perempuan ni. Aku syak budak tu psycho dan gila. Asal nampak aku je dia tarik rambut aku. Aku pon tak faham dengan dia tu. Aku pon akan tarik gak rambut dia sekali pakej kaki aku naik kat perut dia. Bengang betul rasanya. Setakat yang  aku ingat perempuan gila tu je yang sakai kacau aku. Sekarang entah mana la dia ni. Gaduh je tarik rambut. Tak mencabar langsung.

Sekarang aku dah selalu praktis dekat rumah dengan adik adik aku cara cara nak smackdown orang, sepak orang, terajang orang, tunjal kepala orang, tumbuk muka orang banyak lagi la. Semua aku dah praktikkan dah dekat adik aku. Nak hentak muka dorang dengan siku pon aku dah try. Agak sadis lah cerita dia. Siku aku tajam. Semua orang sakit hati dengan siku aku.

Natijahnya, marilah kita ramai ramai bajet tough walaupon sebenarnya tak berapa nak tough tapi tough tu ada la sikit. Haaa, faham ke tak ni? Tak faham, lantak. Malas nak explain. Bila jet jet tough ni terasa diri tu tak mudah dibuli dan disakiti. Mwahahahahahaha. Ayat apa aku pakai ni. Teori mana aku dapat ni. Aku pon tak tahu.

P/s: Bajet tough itu perlu. 

No comments: