Monday, February 25, 2013

Return.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Dah buat keputusan. Apa yang aku nak aku dapat. Sekarang tinggal aku sendiri. Kena kerja keras usaha lebih sikit. Dah banyak sangat menyusahkan abah mama sampai semua abang abang dan kakak marah aku balik. So poor on me. Bagi aku tetap dengan pendirian aku, ada aku kisah. Hahaha. Life aku seronok aku selesa aku. Balik ke sam1 buat kali kedua dengan membawa pulang alasan tak selesa lapar and blablabla. Nak kata homesick tak sangat cuma aku tak selesa, lapar dan mengantuk sangat. Tak lupa juga aku penat sampai tidur pon mimpi entah apa apa sampai bergoyang katil aku dalam dorm tu.

Balik sam1 kena bahan? Dah kena dah. Tak apa. Mental kena kuat lepasni. Tanamkan azam nak study elok elok. Itu je. Nak bayar balik semua ni dengan SMA. Kalau dah berjaya nanti semua orang akan senyap. Nak kata rugi keluar dari SMKA tu ya rugi tapi rugi jugak tinggalkan SMA tu. Ramai dah kata jangan pindah tapi aku ni berlagak dengan prinsip nak maju kena hijrah tu. Sekali mendapat kau terumbang ambing kau dekat sekolah baru tu. Belajar apa satu habuk pon tak masuk. Senior senior dekat sam1 yang rasa apa itu SMA apa kelebihan dia apa manfaat dia akan bagi advice untuk patah balik dan ambil exam tu tapi bila orang yang tak ambil SMA tu dia akan fikir tentang skop yang lain pula. Mana mana belajar pon sama. InsyaAllah ada kejayaan. Tinggal diri aku sendiri je nak buat ke tak nak.

Move on? Ya, lepasni aku kena move on. Hidup aku kena sendiri lepasni. Dah tak boleh nak bising bising mintak itu ini. Dah tak payah nak merungut rungut pasal itu ini and so on blablablabla. Balik ke sam1 pon dah macam segan sangat dengan abah. Menyusahkan abah too much. Hmm :/ Its my fault. Make a decision without think and terburu buru.

Abang aku kata aku ni main main? Erghhh, tadah telinga la lima minit tadi dengar bakal cikgu bermukadimah. Terima je la. Aku dah target confirm dah mesti punya la kena bebel plus fire sekali pakej lengkap. Aku yang cari pasal memang ini la makan dia. Aku tak kisah dah. Aku memang suka buat hal kan. Kena marah pon buat badak sudah la. Paling paling kena tahan telinga. Tak ada nya dorang nak hantar aku pergi Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kalau sampai kena hantar ke JKM tu aku dah di anak-tiri-kan. Wuwuwuwuwwu. Boleh nangis sampai dah tak ada air mata sampai terjojol kornea anak mata sampai tak ada suara lagi nak keluarkan suara sob sob sob meleleh hingus. Mwehehehe.

Entri yang bajet kemain kononnya sedih sangat la tu kan last day bagai tu semua agaknya dah boleh diabaikan kot. Anggap je la seminggu yang aku tak ada kat sam1 tu aku demam. Wadefuuuuu tipu sunat kemain. Hahahaa.

Azam baru. Belajar sungguh sungguh. Berjaya nanti, terbang ikut suka. InsyaAllah.
Please pray the best for me.


No comments: