Saturday, February 16, 2013

(.....)

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Aku tak tahu nak bubuh tajuk apa untuk entri kali ini.

Aku dah tak nak buat entri sebak sebak kemain dah. Kang lain pulak jadinya nanti. Kang aku terubah fikiran pulak kang. Kang pelik pelik kang jadinya. Apahal banyak kang kang sangat ni. Maaf. Ini semua tiada kaitan dengan terkangkang ataupon longkang. Harap di abaikan.

Ada dua hari je lagi sebelum jejak ke sekolah baru. Beratnya nak tinggalkan rumah. Nampak je aku ni macam ni tapi aku ni homesick. Homesick weh homesick. Bukan rindu family sangat pon. Bakal merindui life dekat rumah ni haaa. Hahaahah. Sedey betei.

Persediaan setakat hari ni masih 25%. Ready ke tak ready, Isnin ni aku tetap kena pergi jugak. Wohoooo. Sad me is sad. That moment bila aku cakap dekat orang "Anis nak masuk asrama" Nanti ada la bunyi bunyi "Jangan balik lagi" "Jangan lari lagi" "Betul ke ni nak duduk asrama?" "Tak nak ubah fikiran?" Ini semua anasir anasir jahat yang nak racun otak aku. Sengal betul. Adik aku siap cakap "Kau jangan nak balik balik macam dulu, buat malu aku je" Maklom la bakal satu sekolah dengan adik. Kena la dengar cakap dia tu *sigh*

Setiap kali beli barang beli dengan mama. Apa yang aku nak semua mama beli. Aku mengaku memang aku demand lebih beli barang hostel ni. Semua pakat pakat tak puas hati(yang tak puas hati tu adik dan kakak). Eh ada Anis kisah? Tak langsung. Hahaha. Mama selalu cakap "dah besar kan jangan nak balik balik lagi. Duduk sana elok elok. Belajar betul betul. Aktif dalam kelas. Jangan diam je. Budak kat sana tu bukan pandai sangat pon sama je" <--- ini lawak. Hahahaha. Ada sekali tu mama tanya "nak beli ke tak spike nya?" Aku jawab "tengok la nanti kalau dapat main kat sana baru beli." Padahal hari tu mama macam nak tak nak je belikan. Nampaknya mama aku support habis aku pergi sekolah tu. Dari form1 kot dia suruh aku masuk sana. Aku je yang degil tahap cipan tak nak pergi sekolah tu.

Bara bara bara bere bere - Ini selingan lagu kegemaran.

Sebelum aku ke sekolah baru, kalau sempat nak buat lagi satu entri. Kot kot nak buat surat cinta buat ibu ke warkah untuk basikal ke tinta untuk katil dan bantal busuk ke. Mana la tahu kan.

P/s : Harini nak beli alat tulis. 

No comments: