Thursday, February 14, 2013

Esok last day.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Sebelum aku taip lebih lanjut lagi harap kepada semua. Semua ya semua. Dah boleh abaikan entri yang lepas. Aku okay. Aku dah okay. Aku akan okay. InsyaAllah *big smile*

Esok dah last day dekat Sam1. Wuuuuuu. Sob sob. Tskkk tskkk *nangis berirama* Ini poyo. Ah biarkan. Harini Mayok malas nak layan aku. Sad me is sad. Hahaha. Ngong punya Mayok. Sampai betul hati dia tak nak layan aku.

Tadi petang aku gi training. Hujan renyai dengan lebatnya. Last training dengan budak budak netball Sam1. Dah la main dalam hujan. Lecak sana sini. Sumpah kelakar. Tyma jatuh. Sumpah kelakar. Gelak kaw kaw aku dibuatnya. Fida jatuh dekat lecak. Gelak tergolek aku dibuatnya. Hahahahaa *gelak sampai jatuh katil* Dorang banyak gelak. Penat jerit 'woi jangan gelak'. Wei korang jangan ambil hati. Last day aku kan. Nanti tak dapat nak jerit jerit lagi dah. Satu fakta. Aku memang jipang atas padang. Hahaha. Puiii sekali.

Sebelum balik tadi lepak dengan Una & Syai. Una rilek je. Syai dah bantai nangis dulu. Aku baru cakap sikit. Budak ni sentimental betul. Sebak aku dengan dia ni. Syai yang sangat comot momot tadi baju kotor. Tudung kotor. Comel habis. Hahaha. Satu amanah aku yang betul betul amanah. Suruh budak budak ni lari padang 8 round. Mesti stamina power nanti. Ini bukan kekejaman. Ini pembulian. Eh? Hahaha. Esok ada banyak benda nak cakap dengan Syai. Harap tak ada yang nangis. Tak larat dah nak sedih sedih ni. Kang mata sembap dah tak comel. Wuuuuuuuu. Hahaha.

Akibat training dalam hujan tadi. Aku selsema sikit. Sejuk badan ni ha. Aku taip entri ni pukul 8 malam. Sekarang ni aku dah berselimut. Erghhhh, sejuk betei. Nak terkencing aku dibuatnya. Penderaan untuk pundi kencing bila aku tahan menahan kencing ni.

Esok last day. Last la nak jumpa kawan kawan semua. Entah bila boleh jumpa lagi. Duduk dah la jauh jauh. Esok sekolah dengan harapan tak nak belajar. Pengetua, please? *kelip kelip mata*

Aku nak jumpa.... Nak jumpa.... Nak jumpa semua orang. Ini ada maksud tersirat dalam tersurat. Hahaha. Puiii betul.

Dia, orang nak jumpa dia esok *muka paling innocent*

Last, entri akan datang mungkin akan lebih panjang.

No comments: