Friday, February 15, 2013

Last day ---''

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Taip entri sambil dengar lagu Teman Pengganti - Black. Baru lepas makan oreo crepe. Makan crepe je mana kenyang. Aku lapar sehhh. Mohon simpati dari abang abang untuk belikan aku ayam percik *muka budak kecik*

Hmm. Today is my last day.

Jumaat. 15 februari 2013. Hari terakhir di Sam1. Tipu la kalau aku kata tak sedih. Sedih la woi. Tiga tahun sekolah situ. Dari budak yang selekeh selebet habis sampai sekarang ni dah pandai nak mencapap satu bangunan sekolah. Sekarang ni pon tetap selebet jugak. Hahaha. Hari terakhir berhimpun dengan budak budak Sam1. Hari terakhir berhimpun dalam surau baca yaasin sama sama. Hari terakhir berqasidah ya hanana. Hari terakhir nyanyi lagu sekolah. Masa nyanyi tadi Mayok kata ''kali terakhir kau nyanyi lagu ni" Aku asdfghjkl ==' Mayok ni potong betul. Terus aku jadi sebak. Semua nya last day harini.

Lepasni dah tak ada dah nak sembahyang dekat surau Ar-Rahman tu. Dah tak ada dah nak rebut rebut dengan budak perempuan sebab nak duduk bawah kipas. Tak ada dah aku nak jatuh longkang lepas ambil wudhuk lagi. Ni part paling sadis. Sedih. Seminggu kaki lebam. Touching ahh dengan longkang tu. Tak ada dah nak nampak aku lepak lepak dekat surau tu. Pakai kasut lama lama. Memekak kuat kuat dengan budak budak form4. Gelak macam orang gila kalau ada kasut masuk dalam longkang kecik tu. Dah tak ada dah nak bising bising lepas sembahyang zuhur tu ''Malaysia panas. Malaysia panas. Korea please.'' Hahahaa. Dah tak ada dah perjalanan aku dari surau ke garaj dengan Kak Teha. Nak balik sekolah sesama dengan Kak Teha. Dah tak ada dah. Aku akan rindu semua benda ni.

Tadi pergi bilik SUP. Jumpa Ustazah Mas dengan Cikgu Fadzilah. Cikgu Fadzilah peluk aku. Sedih ah sedih. Lepasni dah tak dapat dah nak rembat air yang cikgu beli. Dah tak dapat dah nak sedut air yang cikgu beli dari kantin. Tak dapat nak gelak gelak dengan cikgu lagi. Tskkk tskk *nangis ala ala lagu teman pengganti* Jumpa ustazah Mas pon sedih jugak. Dah tak dapat la nak dengar suara dia yang lembut sangat tu. Cakap sepatah sepatah. Tak dapat nak belajar PQS dengan dia lagi. Cikgu cikgu ni acah acah garang je bila kat sekolah tapi bila bawak sembang boleh buat gelak.

Masa rehat makan nasi impit kuah lodeh dgn kuah kacang. Makan dengan Mayok and Tyma. Lepasni dah tak makan makanan Cik Dean. Paling tak best nya tak dapat dah nak rehat dengan Mayok dengan Tyma. Aku nak rembat air siapa lepasni kalau kat kantin? Mohon ada air percuma nanti. Wkwkwk.

Balik tadi kawan kawan nangis. Dorang ni muka je legend acah acah gangster tapi dalam hati ada ladang coklat. Eh? Mayok Tyma Syai. Weh, asal korang nangis? Aku tak larat ah nak nangis nangis ni. Kang aku nangis tak nak berhenti pulak. Aku kan tough so tak ada la nangis. <--- Ini bajet. Puiii sekali. Mayok dengan Tyma tak ada la teruk sangat melelehnya. Syai tu dasyat betul nangisnya. Dari semalam lagi aku perhati budak ni. Sedih manjang. Aku tahu kau sedih ni bukan apa sangat pon. Pasal netball kan. Tak payah la risau sangat. Set dalam diri, hati, kepala otak yang kau boleh. Selagi kau rasa kau tak boleh sampai bila bila tak boleh. Believe yourself my dear. Jangan rasa down sangat. Aku tak ada ni apa la sangat rasanya. Korang tetap power. Ingat Syai aku rasa aku boleh nangis balik dekat rumah ni. Budak ni lahai. Buat aku sebak je. Cerita sikit, nangis. Aku yang tak sampai hati. Tapi apa apa pon aku dah last day harini. Nak buat macam mana kan.

Dear Syai, we're still friends forever and ever and hereafter. Jangan risau sangat pasal netball. Everything will be going fine. Kau captain baru. Apa apa hal pon dorang kena dengar cakap kau. Kau kan ''Kak Syai'' *tangan di bahu mata ke atas* Hahaha. Mana mana yang tak nak dengar cakap tu kau denda je. Suruh pumping ke pusing padang 10 kali ke. Apa ada hal la. Kau kan captain. Jipang sikit eh. Hahaha.

Abu Irfan Haniffa bin Abu Fadillah. Hmm. Dalam banyak banyak budak lelaki dia ni je yang aku selalu ingat. Mana tak nya dari form1 kot. Abu marah aku sebab pindah. Sampai hati kau kan bu. Tacinggg ahh dengan kau ni  *ambil lesung batu tumbuk cili*  Weh, tahun ni aku akan pastikan kad raya sampai rumah kau. Tahun lepas aku malas nak post. Posmen cuti awal. Alamat kau aku simpan lagi kau jangan pindah pulak. Haiqell Naeimi. Wehh kau. Friendship never die la. Kau dengan aku macam macam mana pon tetap jumpa gak. Setakat rumah kau dengan rumah aku ni depan lutut je la. Free free boleh lepak piey makan burger.

Kak Ain Nabilah.... Cakap dengan dia tadi dia macam nak nangis je. Aku nak nangis gak sebenarnya tapi tahan la. Kang nangis tak macho. Ini semua poyo. Puiii sekali. Hahaha. Result PMR aku dengan dia dah la sama. Chemistry betul. Kalau aku ambil SMA tahun ni mesti aku sama gak kan. Dia mumtaz aku pon nak mumtaz gak la. <--- Ini berangan. Okay okay. Angan angan di lenyapkan. Kak Teha, jagakan Kak Ain kita eh *muka paling suci*

Aqilah Razaly, Farah Zurfa. Korang elok elok dekat Sam1 tu. Nampak aku dekat TL nanti mention la. Kalau aku tak reply maknanya aku malas. Aku kan bajet bajet retissss. Hahahah. Mawi budak archery, weh kau jangan nak lupa lupa aku pulak. Kang aku kapak kau tahu la *pegang kapak* Whatsapp aku sentiasa on walaupon aku tak ada. Hahaha. Epa, Asilah... Jangan garang garang dekat Sam1 tu. Nanti junior semua lari. Jaga diri wei. Jangan gangster sangat kang terbalik pulak sam1 tu. Jadilah exco yang budiman ya tahun depan. Hahahaha *gelak menganjing* Wkwkwkwkwk.

Dari form1 sekolah dekat Sam1. Ada gak sekali tu pindah sekolah tapi empat hari je. Tup tup return balik ke sam1. Harap kali ni tak return balik. Malu woi tapi cikgu Fadzilah kata kalau return pon tak salah, di alu-alu kan lagi. Cikgu ni ==' Dekat Sam1 dapat kenal ramai kawan. Nak mention satu satu tak larat. Banyak sangat. Kenal korang terbaik ahh. Bebudak dekat sam1 ni baik je cuma nakal tu sikit. Tu la yang dikatakan awesome. Hehehe. Siapa siapa yang aku berhutang ke apa ke boleh la tuntut bila bila. Aku boleh bank in nanti. Arghhh poyo betei aku ni. Yang nak gaduh dengan aku. Jom. Kita jumpa dekat parking lot mana mana eh. Hahahaa.

Orang orang yang telah mewarnai hari hari aku dekat Sam1, terima kasih. Korang buat aku gelak selalu. Kawan kawan yang selalu ada masa aku jatuh longkang ke tudung kotor ke duit tak bawak ke teman pergi toilet ke apa semua, terima kasih. Member member yang selalu sebat air dengan ayam goreng aku, tak ada hal  la weh. Kalau ada rezeki lebih nanti aku nak buat parti ayam goreng. Hahaha. Nak describe satu satu tu susah. Banyak benda lagi sebenarnya nak cerita. Tiga tahun banyak cerita nya. Semua akan jadi kenangan *tetiba on lagu Saleem - Tinggal kenangan*

Korang tak contact aku selalu tak apa. Aku tak kisah tapi jangan lupa aku eh *muka acah acah comel*

Dia, thanks for everything. You make me smile everyday. Take care tau (^_^)

Kita akhiri entri kali ni dengan tasbih kifarah serta surah al-asr.

Sekian, peace yaww.

Aku akan rindu semua ni sangat sangat --'




No comments: