Wednesday, February 6, 2013

Rindu.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Seorang demi seorang kawan aku pergi. Pergi tinggal kan sekolah. Masing masing sibuk nak pindah. Hmm, sedih sebenarnya. Sedih sangat sangat. Terasa pon ye jugak. Terasa kehilangan walaupon bukan rapat sangat dengan dorang dorang tu. Tapi kalau dah nama pon satu batch agak terasa la kan yang mana tak ada tu.

Shada? Terasa gila sebenarnya dia tak ada. Mana tak nya masa form2 rapat dengan dia. Cerita luar dalam aku semua dia tahu. Bahan orang entah apa apa. Kisah dia dengan orang pelik dia tu. Kisah aku dengan spongebob aku tu. Semua kitorang layan. Masuk air sangat sangat. Kadang kadang benda tak lawak pon tapi entah la. Asyik nak gelak. Selalu lepak rumah aku. Datang bawa netbook dia tu. Rumah aku ni cyber cafe free katanya. Sekali sekali lepak cyber cafe dengan dia habis gak la 2 ringgit setengah. Aku jenis orang paling malas nak beli air dekat kantin sekolah. Air si Shada ni la yang aku sedut. Aku rembat je. Tak ada segan segan. Miss that moments.

Aku dah tukar kelas akaun1. Separa ikhlas dan separa suka sebenarnya. Life aku dekat sekolah dah berubah. Berubah 180 darjah. Masih normal cuma kurenggggg sikit. Jiwa dan hati tertinggal di kelas akaun2. Budak budak yang sengal, bahan orang paling legend, nganjing cikgu macam hareeeeemmmm je. Hahaha. Dorang still the best. Akaun2...

Fateh dengan Syauqi member depan aku. Kalau boleh nak bahan orang sampai gelak tu tak nak berhenti. Abu kawan baik forever dari form1. Hatric habis kalau ingat dia. Tiga tahun kelas sama. Nadzmi budak tak makan nasi. Ayat yang dia suka cakap "kau rasa?" bikin sakit hati je. Asilah member kamceng since form3. Sakit hati dengan barat daya dengan dia ni la aku lepas. Dengan dia ni la cerita pasal orang orang yang aku rasa aku nak bercerita. Dengan dia ni la cakap main lepas je. Tak ada filter langsung. Epa member kamceng jugak since form3 rasa macam rapat sikit. Apa yang dia tak suka aku pon macam tak suka jugak. Tak suka barat daya baling pemadam sama sama. Sound orang sama sama. Suka buat kecoh kelas. Buat gempak benda yang entah apa apa.  Epa dengan Asilah suka minta bekal aku. Air aku. Ayam goreng aku. Kadang kadang macam nak gaduh semua benda dengan dorang ni.

Tak satu kelas dengan member member yang dah satu hati ni rasa macam mak aihhh lonely gila life aku dekat bawah ni. Rasa macam di left out kan. Sedih tahu. Rasa macam... Hmmmm... rasa macam macam la. First day masuk kelas baru, aku rasa macam culture shock. Classsick. Aku macam dah nak nangis tahu. Sedih. Sebak. Rindu. Semua ada. Macam mana orang yang tak sudi nak terima kita. Apa kau rasa? Rasa sakit. Tak suka tak kisah. Jangan la tunjuk sangat dengan buat muka tenuk suara tapir tu. Menyampah la.

To those who hate me so much or obviously, dont worry. Aku dah tak lama dekat kelas tu. Satu hari nanti aku akan pindah. Jangan nak tunjuk sangat protes tu. Jangan nak hentak sangat itu ini. Aku tak kisah dengan semua tu. Aku nak belajar je. Mungkin orang tak suka aku sebab aku tak suka orang. Mungkin la sebab minggu ni aku macam menyampah sikit dekat sekelompok manusia yang suka mengilai macam kuntilanak anak beranak pontianak saudara si langsuir. Fuhhhh, penat aku cari nama nama hantu ni.

Seriously, i miss the way how my life in akaun2. Rindu Abu, Syauqi, Fateh, Asilah and Epa. They shine my day walaupon hari hari tu mamat mamat tiga orang tu tak sah kalau tak menyakitkan hati aku.

Masih mencari keseronokkan dalam kelas baru. Hilangkan classsick. Just smile eventhough i'm broken inside. Deep in my heart, terasa tu ada tapi aku dah lupakan. So, start a new life and laughing all the time like nobody cares. I have someone who bright my day and night daily.  

2 comments:

Em' Ashe said...

Sabar jelah nis , semua ni benda baru yg kita kena hadapi . Nak ikut apa yg kita nak je mne jalan mcm tuh . Sumpah sebak sedih rindu semua nttbe mnjelma oii bce entry kau yg satu ni . Tangkap leleh oii !!

AnisMS said...

Thanks for the advice. You make me stronger than before. Tak payah nak sesedih sangat la wei. Entri je kot. Hahaha.