Thursday, February 7, 2013

Sembang yang Something


Assalamualaikum w.b.t ('',)

Setia Hujung Nyawa dah tamat. Satu satu nya drama akasia yang aku layan dari episod satu hingga episod dua puluh lapan. Siap download lagi. Perghhh memang memecahkan rekod untuk diri aku sendiri. 

Sebenarnya intro tak ada kena mengena dengan entri yang bakal di taip. Harap maaf.

Harini aku merelakan diri untuk di kaunseling oleh Cikgu Ilham. First time aku pergi meng-kaunseling-kan diri. Terasa best jugak kena kaunseling ni. Rasa macam terbukak sikit kepala otak yang terkepam ni. Satu jam lebih duduk dalam bilik kaunseling. Satu jam lebih tu termasuk aku ponteng kelas bahasa arab al azhar ustaz Jaafar Shodek. Sungguh tak patut kan. Sembang dengan Cikgu Ilham serius best. Macam sembang dengan member member je. Aku ada gak tanya pasal couple-couple ni pendapat cikgu sangat sempoi. Aku ingat dia nak bangkang ke apa ke. Dia okay je tapi dengan syarat tak melebih lebih dan tak melampau batas. Lastnya aku gelak aje. Hahaha.

Tetiba dengar adik aku main seruling lagu ombak rindu. Adik aku ni power jugak main recorder eh. Baru tahu. Ok dah abaikan yang ini.

Three words. Aku bakal pindah. Hmm hmm hmm. Bila cakap dekat member macam ni. Sanggup tak sanggup je sebenarnya. Tengok member sebelah si Mayok tu. Sebek habis muka dia. Harini jugak la first time aku tenung muka Mayok tu macam aku tenung orang yang aku suka. Awal awal aku cakap aku bukan suka kaum sejenis. Tetiba ada yang cakap aku lesbo bagai ni aku kapak kan aje. Perasaan orang nak pindahh ni mak aiii sentap banyak oh. Mayok tengah tunduk tunduk menulis aku tengok muka dia. Masa dia tengah busy busy tu la aku tengok dia. Terasa sebak pon ada dah sekarang ni. Timah cubit cubit kaki aku masa perhimpunan sebab tak kasi aku pindah. Masih terasa sengal sengal kena cubit tu. Ciss punya Timah. Berani kau membuli beta ya. Sungguh beta murka *bajet bajet dalam istana*

Betul la apa orang kata. Tak semestinya apa yang kita rancang akan berlaku seperti apa yang kita nak. Tahun ni aku dah plan banyak benda dengan member member aku. Aku punya plan dengan member dari tahun lepas kot. Nak buat itu, nak buat ini. Nak masuk itu, nak masuk ini. Dah janji nak buat semua tu sama sama. Dah janji nak jalankan plan tu sama sama. Bila member cakap "apa ni Nis, kau nak pindah?". Dalam hati aku dah sebak dah sebenarnya. Mana tak nya aku sembang olahraga dengan Epul & Epa dari tahun lepas kot. Aku sembang debat dengan Mito, Didiey, Paan Olan. Lepastu sembang dengan Paan Hamid pasal angan angan nak jadi  KU and PKU sama sama <---- Ini angan angan aku paling bajet dan mengarut. Hahahaa.

Tipu kalau aku kata aku tak berat hati. Serius berat tu ada. Hati pon ada. Berat badan pon dah naik 4 kilo ni. Acano la ni. Macam mana 'dia' beriya sangat nak aku masuk olahraga. Aku saja je nak troll dia aku cakap aku tak nak join olahraga tahun ni. Dia tanya itu ini. Konon tak iya iya padahal risau aku tak masuk. Hahaha. Lakar lakar je dia ni. 

Dengar aku pindah. Ada yang dah tepuk tangan beriang ria merdeka raya gumbira. Tak apa. Aku tak kisah. Yang tak suka aku tu. Lantak kau la. Ingat aku kisah. Tak langsung. Aku ada ramai lagi orang yang sayang aku tau *peluk bantal acah acah comel* 


The offer letter.

P/s : Andai aku masih berada di Sam1 dan tak jadi pindah. Anggap sahaja entri ini tak pernah wujud dan tak pernah ditulis oleh aku. Sekian.

P/s lagi : Next entry will be the kata putus. Okay english broken. Dah dah okay bye. 

No comments: