Sunday, February 17, 2013

Sisa sisa waktu yang ada

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Sisa sisa waktu yang ada sebelum aku berangkat ke sekolah baru akan aku manfaatkan sebaiknya. Sebagai contoh petang tadi(ahad, 17 februari, sekitar jam 6 petang); aku main parit. Hujan lebat membuatkan air parit dah rupa air terjun. Serius wa cakap sama lu best gila main parit. Dah lama kot tak main parit. Memandangkan aku memakai seluar baru amat lah sayang kiranya untuk mengotorkan seluar palazzo kegemaran ku itu. Aku mengambil insiatif untuk bermain basikal melalui parit sahaja. Extreme gitu. Naik fixie sepupu redah parit ala-ala dalam tv tu. Rasa macam thrill gila. Hahaha.

Baju dah siap iron. Fuhhh, berpeluh dibuatnya. Sakit tulang belakang aku woi. Barang dah siap packing. Setelah aku amati beberapa ketika dah kenapa aku ni macam nak lari rumah aje ni. Dengan bagasi gedahak nya. Buku teks berkilo kilo. Perghhh, serius rasa macam lari rumah sebab merajuk dengan abah sebab abah tak beli kan samsung s advance lagi. Banyaknya aku cakap sebab. Padahal dua kali je. K aku tipu.

Yang bestnya bila aku nak pindah ni orang bagi duit belanja. Banyak woooo. Ini bajet. Bajet k bajet. Rasa macam nak pindah tiap tiap bulan je. Untung untung boleh beli samsung galaxy s4 yang bakal keluar ni. Dah kenapa aku membatak dengan samsung ni? Erghhh, biarkan. Yang tak bestnya bila kena perli dengan adik sendiri "kau jangan nangis nangis cari aku" "wei mangkuk aku dah besar la, kalau aku nangis pon aku tak minta nak lap hingus dekat kau" Aku benci adik aku. Dia suka perli aku. Macam !@#$% je.  Hahaha.

That moment bila kawan kawan text cakap 'jangan lupa aku tau' 'jaga diri' and blablablabla. Sedih baq hang. Ini sedih. Sedih k sedih. Awal awal memang rasa berat hati kan tapi lama lama insyaAllah boleh survive. Doakan aku boleh hidup dekat asrama tu. Boleh kurus sikit bukan makin berisi berkilo kilo. Wa tak nak naik lagi berat badan. Sadiss siot. Nanti kain sekolah tak muat. Hahaha.

Mata semakin kuyu dan separa tertutup. Aku harap seminggu dekat sana satu permulaan yang baik dan bagus dan seperti apa yang aku harapkan. Mohon dekat sana ada abang abang kacak mahupon rakan sebaya yang hensem lagi tough untuk menjadi sumber inspirasi aku dan tak balik semula ke rumah dengan membawa masalah homesick kemain. Ini harapan yang sangat menggunung dan merepek. Hahahaa.

Sebelum melabuhkan tirai alangkah indah dan bagusnya jika sekiranya engko orang doakan yang baik baik untuk aku. Aku ni dah la pemalas tahap apa pon tak tahu. Lipat baju pon kelautttt. Lepastu kerjanya asyik nak memuaskan mulut dengan perut je. Heh, sungguh tak memberansangkan otak langsung.

Untuk semua. Jaga diri. Semoga sihat selalu.


No comments: