Sunday, March 24, 2013

Ehemmm ehemmm

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Lama dah tak up entri. Kena faham. Sekarang ni aku budak hostel. Wkwkwk. Semalam dalam bilik air gila banyak idea nak cerita. Sekali dah pegang keyboard aura aura untuk jadi lupa buat seketika tu nampak macam tinggi. Mohon idea maintain dan tak lari.

*update blog sambil scroll timeline* Pagi pagi ni TL bosan sebab orang rancak tidur.

Duduk hostel sam1 pon aku homesick tau. *lap hingus* Lagi lagi bila sensorang, bila bosan rasa nak terbang je balik rumah. Tak pon rasa macam nak "mana mama? mana mama?" Hahaha. Sangat mengada perangai aku ni. The sad moment bila first time aku iron tudung dekat asrama. Aku tekap je iron tu atas tudung dengan sekelip mata tudung aku berlubang. What is this? What is this? Celaka punya iron. Serius aku cakap iron tu puaka. Wa benci sama lu iron. Sentap 3 hari 5 malam.

First week duduk hostel aku memang jiwa kacau. Ini tak tipu. Serius. No joke. Sampai cikgu netball panggil aku masuk bilik dorang tanya apa masalah aku. Ini kelakar doh. Aku tak ada problem pon tapi semua kecoh cakap aku dah lain. Aku senyap sikit je kot. Gila kau tak jiwa kacau. Semua benda yang aku dah biasa buat dah jadi lain. Rumah lain. Asrama lain. Memang rasa semua serba tak kena. Kadang kadang pagi tu sampai macam ni "mana Mama ni? orang nak salam ni" Haaa kau, sampai macam tu sekali. Dasyat tak dasyat la kan.

Tournament netball dah lepas. Lepas sikit azab. Tak payah nak training training bagai. Buat hitam muka je. Tahun ni kalah. Semangat aku tak sama macam mana dengan semangat aku tahun lepas. Serius tak ada semangat. First day nak lawan ni pagi pagi lagi aku dah down. Bila dah down memang rasa nak nangis je. Memang aku dah nangis pon atas padang tu sampai cikgu cikgu risau. Problem la aku ni. Sadiss :'[ Cikgu siap suruh aku main game subway lagi bagi emosi aku stabil. Ni kelakar gila. Hahaha. Aku layan kan aje.

Second day main netball. First game baru tapi aku dah injured. Pehhh, first time la siot aku injured waktu sport. Ingat lagi masa tu lawan dengan sekolah mana. Sekolah bt 38 kot. Entah macam mana la aku boleh berlanggar dengan orang. Terus tetiba rasa macam ada orang langgar muka aku. Sakit jangan cerita la weh. Aku terbaring terus kot. Tak bangun bangun. Bibir aku berdarah masa tu. Mulut aku rasa macam sengal sengal sikit. Tapi memang sakit. Sakit gak ahhh. Mohon orang simpati dan kesian *buat muka sekupang* Lepas game tu terus rasa tak semangat nak main netball. Tahun depan pencen ahh main netball. Aku nak main benda lain pulak. First time jugak la main netball rasa macam emo semacam. Pihak lawan menyakitkan hati. Hahaha. Flying kick karang tahu la *acah acah gangster*

Tahun ni pergi netball tak bawak kamera so gambar memang tak ada. Aku tengah tunggu Una upload gambar je ni. Kang aku cilok la bawak masuk blog ni. Itu pon kalau aku rajin la. Sekarang ni aku dilanda penyakit malas yang teramat sangat. Nafsu nak tidur memanjang sangat lah tinggi.

Second week dekat asrama aku join olahraga pulak. Aku tak nak sembang olahraga dekat entri ni la. Nanti entri cecah lantai. Lain kali je la aku cerita. Serius aku kata. Dua minggu duduk hostel tak rasa hostel. Asyik keluar masuk je. Lepas ni mesti dah bosan kan?

Suatu perbualan :-

Aku : Ma, dekat asrama kan ada hantu.
Mak cik : Ahhh kau, sana sini ada hantu. Saja je tak nak dok asrama kan.
Mama : Macam macam la kau.

Arghhhhh. Aku nak troll mak aku ni mak cik aku pulak kacau line. Tak jadi dah troll aku kali ni. Nak kena cari idea lain ni. Hikhikhik.

Cuti seminggu ni nak cover balik pelajaran yang dua minggu tertinggal tu. Dua minggu weh dua minggu. Harap aku study bukan asyik scroll TL dengan check inbox memanjang.

Caption "Suatu pagi bersama Acho"

Gambar tiada motif. Gambar tiada kaitan. Serius. Menyemak dan semak. LOL.

No comments: