Saturday, March 2, 2013

Laporan Minggu Ini =='

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Update satu entri sambil layan lagu Lamunan Terhenti - Awie ft Ezlynn.

Dah seminggu balik ke sam1. Hari hari ada orang bahan 'budak simpang' 'budak baru' blablabla. Sampai satu haritu aku tacing dengan orang orang. Wa sentap mehhh. Malas nak layan sebenarnya. Thats why la buat muka ketat tanpa berpenghujung. Bila orang tanya asal patah balik jawapan aku cuma 'ENTAH'. Aku sendiri tak ada reason yang kuat kenapa aku patah balik. Setakat lapar, nak ambik SMA bagai bagai tu semua side reasons je. Hmm :/

Tiap petang training bola jaring tapi aku ni acah acah captain jipang je. Duduk tepi padang tiup tiup wisel. Main arah arah je. Banyak cekelat jugak aku ni. Sekali main hancusss jugak. Stamina pon hampeh jugak. Sadisss. Serius aku kata tak ada semangat sangat nak main tahun ni. Nak Kak Yan. Dulu ada Kak Yan untuk fikir semua benda benda ni. Sekarang macam sendiri sangat sangat. Cikgu pon macam banyak cakap "kau buat je la sendiri semua semua ni" Sad me is sad. Kak Yannnn, rindu kak yan. *sad face.jpg*

Next week dah UP1. Preparations? 0.11999%. Nak catch up al azhar yang seminggu tu. Perghh pergghh sakit woi. Dengan buku al azhar aku entah mana. Dapat buku orang lain. Kena la salin balik makna makna yang tak ada. Lagi sekali sadisss. Mohon orang kesiankan aku *kedip kedip mata*

Aku bunuh semut semalam. Semut yang besar tu. Orang kata namanya semut selangor. Awal awal kena macam bisa sikit. Buat tak tahu je sebab macam tak sakit sangat. Sekali malam bengkak weh. Dah macam apa je jarinya. Macam gemuk gemuk chubby bagai. Kelakar je. Hahaha. Harini memang bengkak habis macam tak surut je. Gatal pulak. Nak garu macam tak berkesan je. Adakah ini karma dari sang semut? Wuwuwuwwu. Sakit mehhh. Lagi sekali sadissss. *belai belai jari*

P/s : Doakan aku untuk UP. Nak lulus addmath please.



No comments: