Friday, April 12, 2013

Life dekat hostel.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

I'm home *batuk-batuk*

Dah minggu ketiga aku batuk dan dua botol ubat batuk dah aku telan tapi still batuk. Takpela. Redha je. Entri kali ni nak story pasal life aku kat asrama. Budak homesick punya cerita. Wakakaka.

Bagi aku stay hostel ada PROs and CONTRAs nya. Pandai bawak diri banyak la benda baik yang kau dapat tapi kalau sebaliknya, sebaliknya la kau dapat. Kalau nak cerita pasal selesa memang rumah la lagi best tapi kalau nak ada pengalaman hidup asrama sekolah menengah la jawapan dia. Sebabnya nanti lepas je sekolah menengah life kita akan berubah dan bertukar dan kita akan rindu semua ni. Wuuuuuuu.

Kita start dari bangun tidur. Bagi aku tak ada hal la setakat bangun pagi  pukul 5 lebih. Tak pon bangun pukul 6. Nak nak ada kawan yang tolong kejutkan tapi kebelakangan ni macam selalu terjaga sendiri. Dan dan je terjaga pukul 5 lebih. Suruh mandi lettuw. Tapi yang sakitnya turn nak mandi tu. Perghhhh boleh lecak la badan ni kalau tunggu turn dalam bilik air tu. Nak nak tunggu orang mandi yang ala ala mandi bunga tu, lepas dia keluar je mula la aku usha sleck sambil sambil dalam hati kata "kau ingat mandi ni dekat spa ke weh?" Setakat ni aku belum maki lagi orang yang mandi lama lama ni. Hahaha.

Bab basuh baju jangan cerita la weh. Tunggu turn dekat singki dah satu hal. Baju banyak dah dua hal. Air kecik dah jadi tiga hal. Tengok la kemain banyak hal nya. Duduk asrama basuh baju sendiri tau tak. Hari hari mesti baju banyak. Nak nak tengah sibuk sport. Kalau hanger tak lebih 10 tu bukan AnisMS la tu. Aku rasa kalau mama nampak aku basuh baju mesti sejuk perut dia. Hahahaha. Aku ni kalau membasuh kemain gigih tahu tak. Tu belum campur aku karoks dalam toilet dengan Nopie & Ayoy. Kalau dah karoks gila best la aku cakap. Buat toilet mcm Redbox kot. Haaa, mampu? Hahaha. Karoks lagu jiwang feel feel kemain sambil jerit jerit. Setakat ni tak ada lagi yang ngamuk bila kitorang karoks. Budak budak toilet blok sebelah tu je dengki kemain bila kitorang karoks. Jeles lettuw.

Kita masuk cerita dewan makan pulak. Masuk DM ni mesti la nak makan kan. Senduk nasi dekat DM tu boleh bawak gaduh weh. Nak nak tengah ramai. Biasa makan tengah hari. Aku benci betul kalau orang potong line aku masa nak senduk nasi. Selamba cipan dia aje ambik senduk aku. Mula la aku main perli perli kan. Benda lain aku macam boleh pertimbangkan lagi tapi kalau bab makan sorry to say la weh. Aku lapar kot. Mohon semua jangan cari pasal. Wkwkwkwk.

Kalau bab tidur aku memang tidur dengan member aku. Katil aku kat atas so malas nak naik. Awal awal dulu ada gak tidur kat katil sendiri tapi risiko tinggi weh. Aku pernah nak jatuh kot nasib baik terjaga kalau aku golek sikit je lagi maka ke atas lantai la jawapan dia.

Since stay hostel ni aku jahat sikit kot. Eh eh, bukan jahat macam nakal sikit la. Ada satu malam tu waktu prep aku bantai pi basuh baju. Peduli apa aku. Aku habis training dah nak dekat pukul 6 lebih. Lepastu pukul 8 dah start kelas. Time bila nya lagi aku nak membasuh kan. Memang aku guna je la time prep tu. Peduli apa kan. Lepas ni tak nak buat lagi la sebab dah kantoi dgn exco. Hahaha. Akan datang ke lusa ke minggu depan ke buat nakal benda lain pulak. Hehehe.

Ada satu benda aku nak cakap dekat sini. Duduk hostel mengajar aku erti KESABARAN. Serius.


No comments: