Thursday, April 25, 2013

Netball punya cerita.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

I'm home. *sengih lebar*

Asyik asyik aku balik rumah. Nampak sangat aku homesick. Sob sob sob :'(  Jangan hairan kalau satu hari nanti aku mintak keluar dari hostel. Hehehe.

Minggu ni(Rabu) lawan netball MSS dekat Kuala Selangor. Kalah menang tu adat perlawanan. Ada jugak game yang kitorang menang. For me kalah menang belakang cerita, aku nak enjoy dan pengalaman. Thats all. Mostly bebudak daerah tahun ni memang aku dah kenal and memang kawan aku  pon. Jadi gila jangan cakap la. Gila gila sangat. Apa je yang kitorang buat ada je yang gelak. Ada je orang kena bahan. Sumpah gila best. Dorang awesome okay.

Masa game alhamdulillah tak ada yang injured. Main dekat SMK Kuala Selangor. Sekolah baru tu. Gila cantik sekolah tu. Rasa macam elegan gila. Kelassss kau sekolah tu tapi padang dia aku cakap sadis woiii sadis. Gersang nak mampuih. Mana entah rumputnya. Sakit tapak kaki bila pakai but. Kaki aku melecet tapi tak banyak sangat. Bila aku ngadu dekat cikgu, cikgu kata aku punya stokin tak tebal. Stokin cap ayam made in thailand. Cisss, cikgu. Menyesal gila tak pakai socks cap playboy tu tebal sikit. Antibakteria lagi tau. Dah kenapa aku sembang stokin ni. Okay, hiraukan.

Lepas dah penat penat game tu malam nya kitorang check in dekat kem apa jadah entah. Tidur situ satu malam. Ada aircond. Untung la. Malam tu makan kat kedai biasa biasa je tapi kecoh nya nak mampuihh. Eh, budak sabak budak sabak. Bab bergambar memang  juara. Snap sana snap sini. Lepas makan terus shoot maon bowling. Aku yang bodek cikgu tau untuk bawak pergi bowling. Gila terror aku ni kalau bab bab bodek orang ni. Ngeh ngeh ngeh.

Main bowling sumpah gila best weh. Bebudak ni happening gila woi. Dah la main dua set. Lenguh tangan ni haaa. Tu belum masuk part gelak. Dah naik rabak tekak ni. Asal bola masuk longkang je gelak macam orang gila. Gila kecoh weh. Malam tu banyak gak daerah yang main bowling. Kebanyakkan nya daerah daerah yang tak ada game esoknya. Senang cerita daerah daerah yang dah kalah la. Wakakakakaka. Paling best kacau turn orang aku saje golekkan bola tu dekat longkang. Pehhh, jahat jugak aku ni. Terbukak pintu neraka kang untuk aku ni. Hahahaha.

Esoknya (khamis) tengok orang main hoki pulak. Orang orang yang main hoki ni badan tinggi lampai. Kacak pon ye jugak. Habis melting aku dibuatnya. Hehehehe. Mieeennnnnnnggggggg nya lahai. Aku cukup berkenan dengan kapten hoki petaling perdana berjersi nombor 10. Kapten klang berjersi nombor apa aku tak ingat tapi hidung mancung pon aku berkenan. Crush baru ni crush baru. Crush la sangat. Jumpa sekali seumur hidup je pon.

Overall, aku memang enjoy habis dengan dorang. Never forget them la.

Bedah. Jiema. Jiba. Mira. Zana. Azza. Amie. Nurin. Iffa. 

Mereka awesome. Gambar bakal di-upload di entri yang akan datang.
Aku bakal rindu netballers Sabak Bernam.
Much love, AnisMS.

No comments: