Tuesday, May 28, 2013

Buli.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Buli. Okay. Entri hari ini pasal buli. Mood serius okay.

"Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain."

Bila dengar kes buli. Aku rasa cam seriau semacam je. Kes buli ni biasa ada kat sekolah menengah. Its a normal thing. Tempat lain mungkin ada. Kat sekolah menengah ni benda ni macam dah selalu sangat, lagi lagi kat asrama. Bagi aku buli not a good thing to solve a problem. Serius. Kalau kau buli orang yang buat salah bukan nya boleh buat orang tu sedar kesilapan dia pon. Lagi buat orang yang kena buli tu memberontak berdendam kot lagi ada.

Nak tau tak sebab apa kes buli selalu ada. Buli ni macam nak balas dendam senior kat junior. Bila junior tu dah besar dia balas kat budak bawah dia balik. So benda ni tak kan pernah habis kalau gini. Dah jadi culture.

Point aku satu je. Cuba kau bayang yang kena buli tu adik kau. Cukup la. Aku ni cakap gini sebab aku ada adik yang duduk kat hostel. Setakat kena acai tu aku rasa aku boleh terima lagi. Tapi kalau ada orang bantai adik aku sumpah aku cakap aku tak boleh terima. Setakat ni adik aku cakap acai benda biasa la. Kena bantai macam tak pernah lagi. Kesian la weh budak yang kena buli tu. Kau buli dengan emosi. Kau bantai budak dengan perasaan marah. Kau tak rasa ke bila marah tu semua benda kau dah tak fikir. Kau main lepas je. Loker pon boleh kemek kalau gitu.

Bila dengar member member kena buli. Telinga cam panas je bila dengar story dorang. Kesian. Hati pon cam mendidih je. Bengang. Ye la. Member kot. Siapa tak sayang member weh. Member aku sampai pindah sekolah la sebab kena buli. Buli ni boleh buat mental orang down tahu tak. Fizikal jangan cakap la. Lebam lebam sakit semua ada kot.

Aku berani cakap la kes buli ni tak kan pernah habis kalau ada dendam. Sekian. Yang ajet ajet serius, AnisMS.

No comments: