Sunday, May 26, 2013

Hometown.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Start cuti kali ni aku straight balik kampung belah abah. This is so impressive. Jarang kot balik kampung belah abah awal awal cuti. Patut diberi kepujian atas okay. Tapi cuma dua hari satu malam je. Itu adalah kadar ke-normal-an bagi  kitorang satu famili ni.

Balik atas dasar ada kenduri. Eh kenduri ke? Tak tak. Family gathering kot tapi dah rupa kenduri. Famili abah is a big big family. So memang macam kenduri even siblings abah je. Cousins aku. Anak anak buah aku and blablablabla.

Family gathering atas sebab tahlil arwah atok and arwah adik and semua yang dah arwah. Al-fatihah. Kesyukuran sebab Najihah a.k.a my sista a.k.a my gedik gilosss partner seumur hidup nak ke matriks. Oh hilang kakak again. *upset* Aqiqah for arwah adik. Kalau adik hidup aku syak adik aku dah enam tahun mungkin. Mungkin sekarang dah pandai nyanyi lagu gangnam style. Wohooooaaaa. Mama always said that "Kalau adik ada lagi mesti dia dah lari lari kan sekarang ni" Oh ma, sedih kot.

Lauk kenduri  tu dah ala ala western kot padahal semua lidah jawa. Tak western sangat kot sebab still ada berutu goreng(bontot ayam) dengan sambal udang petai. Kesukaan ramai di kampung. Kambing seekor digolekkan dan ada coleslaw dan roti  pita. Mushroom black pepper sauce pon ada. Seee? Ajet ajet western kan. Apa ada hal la. Perut punya pasal.

Kambing tu tak berapa nak feel ah aku cakap. Serius. Tak berapa nak garing. Hate that. Tak puas langsung. Satu cerita. Kambing yang sepatut nya di-aqiqah-kan telah menghilangkan diri sebelum waktunya dia disembelih. So terpaksa ambil kambing lain. Bila dah sembelih kambing lain, kambing yang sepatutnya tu balik ke kandang pulak. Apa ke hal nye la kambing ni. Tau tau je macam riwayat dia macam dah nak tamat. Heh. Overall, aku kurang puas hati tapi abah kata next time boleh buat lagi. Kambing golek. Lamb is my favourite mehhhh....

Malam tu semua wak wak(makcik dan pakcik) serta sepupu sepapat dan anak buah pakai baju kurung jubah baju melayu cantik kemain. Kakak aku pakai shirt je. Aku pakai jersi bola jaring je. Je okay. Je. Sedas aku kena bahan dengan abah. "Anak aku sekolah agama tapi pakai baju netball je. Yang sepupunya pakai tudung sampai ke bontot" Aku pandang kakak. Kakak pandang aku. Amboi abah. Deep. Deep sangat. Sentap sepoloh minit patpuloh tiga saat. Yang lain semua bantai gelak. Aku redha.

Esok nak hantar kakak ke Penang. Wohooo, will miss her la. Takpe takpe weh. Motor lu wa jaga baek nanti. Kihkihkih.

No comments: