Saturday, May 11, 2013

Kisah Lama.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Aku malas nak baca buku so aku up satu entri.

Sekarang dah bulan Mei dan sedang menjalani periksa pertengahan tahun. Bulan November nanti aku ada exam besar. And again after PMR. Here we go SMA. Hmm. Bukan nak cerita pasal exam ni semua pon. Aku cuma nak merepek je entri kali ni.

Sekarang ni aku dah 15 tahun 10 bulan. Lagi 2 bulan cukup la 16 tahun. Tahun depan naik lagi satu angka. Jadi 17 tahun and maybe tahun last untuk aku bersekolah. Aku selalu lepak dengan member member aku sembang benda ni "kita tinggal setahun setengah je nak sekolah" *sigh* Aku tak puas nak rasa jadi murid. Ini serius. Kalau fikir fikir balik serius sedih weh. Dah tak lama dah aku nak rasa jadi budak sekolah.

Aku rasa macam ingat lagi cerita darjah satu aku. Jadi penolong ketua kelas. Hari hari ambil kedatangan dekat pejabat dengan ketua kelas. Siapa eh ketua kelas aku? Jap jap cam lupa. *loading* Sumpah tak boleh nak ingat balik. Life aku masa darjah satu memang haru habis. Hahaha. Pergi sekolah dulu freehair je kot. Pakai beg besar besar. Bawak buku banyak banyak. Perghhh, nerd la. Rare tak rare la kan aku dulu. Dulu banyak cakap. Orang cakap aku mulut murai. Aku? Selambe je. Ada aku kisah? Tak kan.

Naik darjah dua tak ada cerita best sangat pon. Naik darjah tiga jadi pengawas. Selalu bajet garang marah orang suruh beratur time beli nasi lemak. Orang ikut je sebab masa tu ada budak darjah satu dua dengan tiga je. Nampak macam mak tiri sangat masa tu. Hahaha. Naik darjah empat selalu jaga blok. Budak budak kelas yang hujung tu memang malas gila turun waktu rehat. Selalu gak bergaduh dengan dorang tu. Biasanya lelaki la. Perangai bajet gangster. Puihh la. Menyampah. Naik darjah lima dengan darjah enam kalau dapat bertugas untuk kantin memang best. Rasa macam heaven sangat. Bukan nak buat sangat pon duty tu. Nak rehat awal. Makan sampai habis rehat. Ni perangai memang keji gila la. Hahaha. Aku dah selalu buat.

Masa darjah enam. Last year dekat Sk. Dr. Abdul Latiff. Ya Allah. Banyaknya memori. Aku rindu :'( Macam mana ada krisis dengan kawan kawan. Thats make our friendship stronger la 8thirty. 8thirty? Perghhh, sumpah rindu gila dekat korang semua. Dulu kita buat je apa yang kita suka kat sekolah tu. Lepak belakang surau like a boss. Bila Boya datang gelabah lari. Hahaha. Dalam kelas selalu lepak ramai ramai dengan budak lelaki. Kadang kadang rasa macam family. Kalau gaduh dengan budak kelas lain ramai ramai back up. Rasa macam besar sangat. Arghh, poyo betul masa tu. Hahaha. Sambut birthday. Memang kena setepek la kan bedak tepung apa semua. Semua orang akan cuba untuk buat surprise birthday party untuk semua. Aku rasa macam tiap tiap bulan pulak kita buat.

How I miss them a lot. Arghhhhhh. Weh korang tolong jangan lupa aku. Makin besar ni makin busy makin susah nak jumpa padahal semua budak sabak kecuali si Ayn tu je haa. Susah kot nak lupa korang kalau dah dulu tiap tiap hari ngadap muka korang. Belum dengar gelak lagi. Semua style gelak tak nak kalah. Mengilai aje kerjanya. Last, aku rindu korang.




No comments: