Thursday, May 23, 2013

Luahan Hati.

Assalamualaikum w.b.t ('',)

Jap jap. Tengok tittle sat. Awat poyo semacam ni. Puihhh sekali la.

I'm home.

Aku ponteng dari join perkampungan ilmu. Kalau aku kena denda alasan aku period pain je. Hahaha. Bangang betul aku ni. Bahana jawab kertas addmath. LOL.

Habis sudah penat lelah menghadap buku buku selama tiga minggu lamanya. Alhamdulillah. Heaven sekejap. Duduk hostel rasa la aku ni belajar sikit walaupon aku selalu tak ada mood dalam bilik prep tu dan akhirnya aku tidur je dalam bilik prep tu. Baru aku rasa stay up dengan kawan kawan dalam dorm. Study sama sama sampai lebam. Tertidur dengan pen pensel buku pemadam apa semua. Seksa sikit la minggu exam ni. Korban masa tidur tapi bagi aku tidur tetap utama. Waktu tidur wajib tidur. Jangan nak over stay up sangat. Aku ni pemalas dia lain macam sikit.

Dua minggu di asrama selama exam. Perghh. Banyak betul ceritanya. Aku nak open satu satu pon malas. Kang buka aib pulak. Kang aku kena bash pulak. Kang makin ramai pulak tak suka aku. Hahaha. Aku ni dah la dibenci. Wakakakakaa *gelak tahap paling legend*

Aku nak sentuh sikit je. Aku cakap umum. Jangan nak sentap. Jangan nak terasa. Jangan nak ten-tacing bagai. Aku tak maksudkan sesape. Kalau orang tak cari pasal dengan kau. Kau jangan cari pasal dengan orang. Tu je. Kau dengan hal kau. Dia dengan hal dia. Aku dengan hal aku. Tapi bila ada orang kacau orang yang ada kena mengena dengan aku. Aku tak akan duduk diam. Aku tak kan dok nengok je cam orang bodoh. Selagi orang tu tak buat salah yang melampau. Aku back up orang tu. Aku akan berdiri belakang orang tu. Jangan cari hal kalau tak nak ada yang memberontak sambil buat rusuhan!! Amboi aku ni serius benor lerrr gamaknye ni. Okay okay. Chill semua. Pergi amik kitkat and have a break. Hahaha.

Pandai cari hal. Pandai la setel. Jangan nak buat kecoh je gempak. Get a life la weh. 

No comments: